Click Click

Pages

Tuesday, December 28, 2010

Prosedur Pernikahan di Selangor

Salam dan hello my dearie blog,
Hari ni status kat FB saya : Mencari Sijil Nikah Arwah Ibu Tahun 60-an..Kol JAIS Daerah .... Pegawai Bgtau bagi kami masa Sebab Sijil Lama Tulisan Jawi, Kami perlu Mengeja....*Terkesima Seketika*
Borang pernikahan saya boleh dikatakan 80% selesai, Permohonan Lelaki sudah diterima dan Saya, Wali (Adik Lelaki) dan 2 saksi telah bertemu Penolong Pendaftar Nikah (PPN) Kariah dan telah diluluskan. Hanya saya perlu ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk mendapatkan pengesahan Tok Kadi. Namun urusan saya terhenti setakat kelulusan PPN kerana saya perlu mendapatkan sijil nikah arwah ayah dan ibu saya.*Terkejut
Saya bukanlah seorang yang menidakkan undang-undang negara, namun apa yang saya terkilan di sini adalah prosedur JAIS yang tidak seragam. Mengapa hanya disesetengah PAID sahaja yang memerlukan Sijil Nikah Ibu dan Bapa?setahu saya seperti yang dipelajari dalam kursus pra-perkahwinan hanya anak perempuan sulung / wali adalah abang lelaki yang sulung sahaja perlukan sijil nikah ibu bapa.
Kalau tengok dekat website JAIS
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
# SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
# KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
# SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
# SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/
PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
# BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)# SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
# SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
# SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
# SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
# SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
# SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).
*Sumber dari JAIS sendiri..
Sebagai sebuah badan kerajaan hal begini harus di standardizekan, supaya calon-calon pengantin tidak tertanya-tanya.
Namun sebagai rakyat Malaysia yang mana saya tahu saya tertakluk di bawah undang-undang saya perlu akur.
Sekian coretan kali ini. *Tunduk

No comments: