Click Click

Pages

Tuesday, November 8, 2011

FertileAid : Fertility Supplements for Women & Men

Salam dan Hai semua,


Ingin berkongsi sesuatu info menarik buat Mantan Bride yang plan for having a baby / trying to conceive (TTC).

Terdapat satu produk yang sangat laris di USA iaitu FertilityAid for Women and Men yang dikatakan telah membantu ramai pasangan di sana mendapat zuriat degan pemakanan fertilityaid. Ya, sememangnya rezeki itu datang dari yang ESA, namun terlah tertulis , kita sebagai hambanya tidak boleh duduk sahaja untuk mengharapkan rezeki itu, haruslah berusaha, berikhtiar selain berdoa dan bertawakal pada NYA.

Ini saya kongsikan sikit tentang produk ini, saya belum mencuba, mungkin akan mencuba setelah suami pindah ke KL..





Source : http://www.fertilaid.com

FertilAid® for Women & Men are the doctor-approved, ObGyn-recommended fertility supplements designed to enhance fertility and improve reproductive health.
With all-natural, non-prescription formulas that unite scientifically-validated herbal ingredients and essential vitamins, FertilAid is designed to promote reproductive wellness, support fertility and optimize your chances to conceive.

FertilAid Supplements for Women and Men

The Natural Choice in Reproductive Health & Wellness created by fertility expert, Amos Grunebaum, MD, FertilAid combines fertility-enhancing nutrients with a "Just Right" formula of essential vitamins, minerals, and key antioxidants.

FertilAid for Women features a proprietary formula that integrates complete preconception vitamin and mineral support with herbal ingredients like chasteberry (vitex) and red clover blossom - designed to help restore female hormonal balance, promote regular ovulation, and support overall reproductive wellness.

FertilAid for Men offers an effective, proven formula that includes L-Carnitine and a comprehensive array of potent antioxidants to help optimize fertility safely and naturally. Clinically validated and formulated on the basis of established scientific research, FertilAid for Men promotes the development of healthy sperm, as well as improving sperm count, motility, and morphology.

Berminat?How to order ? Just Place your order from this blog http://shoppingqueen78.blogspot.com

Sekian dulu perkongsian saya buat semua :)














Tuesday, October 4, 2011

Berita Gembira Buat Mereka

Salam dan hi semua,

Maaf penulisan blog terhenti seketika kerana sibuk dengan persiapan Proposal Master..

Alhamdullilah Proposal diterima, objektif perlu dirombak..Sebulan bergelar pelajar apa yang boleh saya katakan Master by Research sangatttt mencabar dan menuntut kesabaran, ketekunan, disiplin yang tinggi.

Berbalik kepada topik...Bulan September hingga tarikh post ini, terlalu banyak berita gembira daripada rakan-rakan saya baik yang menerima kejutan diri hamil, serta menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.

Pada hemah saya, "Sememangnya rezeki itu aturan Allah S.W.T"
Untuk Berkongsi dengan semua blogger berita gembira tersebut , Rakan saya semasa bekerja di MMC-Gamuda NorFaiza a.k.a Faiz mendapat perkhabaran gembira apabila dirinya disahkan hamil, kuasa dan rahmat ilahi tiada siapa dapat menolaknya, menunggu setahun dan akhirnya hasrat tertunai juga. Saya tumpang gembira buat pasangan ini yang kedua-duanya sahabat yang agak rapat dengan saya semasa di Projek 2T Faiz & Apai.

Menginjak hujung September 28 September 2011 29 Syawal, Mak Buyung dalam "Geng Yakuza" (Gelaran yang kami gunakan di UTM) my BFF Ernie Haryana @ Achik telah selamat melahirkan baby sulungnya Muhd Nuh Athif Bin Muhamad Lutfi. Alhamdulilah Bayi yang sangat comel iras suami achik, apek..(Xpe chik, bibir ikut ko sure laser, barula kelassss kau nuh hihii).Syukur Ibu dan Baby Selamat, dengan berat 2.8 kg. Buat anak angkat Mummy Putri, semoga menjadi anak yang soleh buat mama dan papamu..LOve u sooo much Nuh...XoXo


Dan hari ini 4 Oktober 2011, Rakan Sekuliah di UTM, Aty juga menerima berita dirinya hamil 5 minggu..Saya tumpang gembira dengan berita buat aty dan Ed..Alhamdulilah penantian 11 bulan bermakna.

Buat diri saya, saya masih bersyukur dengan keadaan diri yang masih sihat dan segala rezeki yang Allah kurniakan, masih cukup makan, minum, masih punya tempat tinggal. Mungkin belum tiba masa saya untuk berkongsi kegembiraan disahkan hamil, namun saya percaya segala-galanya tersurat di tangan Ilahi, andai DIA tahu saya dan tubuh sudah bersedia, saya percaya akan ditiupkan roh ke dalam rahim saya insyallah.

Ini saya selitkan photo Muhd Nuh Athif, my BFF son

Comell anak mummy Muaaahhh

P/S : Ada Teman saya berpesan, jangan fikir langsung mesti lekat...mungkin juga kan?





Tuesday, August 9, 2011

Semuanya kami lakukan bersama

Saya punya seorang sahabat karib, Siti Norliza Amat Ramlay (lilis) namanya..

Saya mengenalinya dari zaman hingusan kami (sekolah), zaman diploma, zaman degree, hingga kini kami masih berkongsi kisah walau masing-masing dengan status isteri orang.

Ya, memang dialah teman sehidup semati saya (lilis, sila muntah hijau ;p) kami jatuh bersama, nangis bersama, tidur bersama, makanan share bersama, nota-nota share bersama, apa sahaja masa zaman single dulu dilakukan bersama sehinggakan tarikh tunang dan nikah kami yang rancang dahulu (takut clash tarikh).

Persiapan perkahwinan...pun dilakukan bersama-sama, butik yang sama, printing card di tempat yang sama.

Apa juga yang kami tidak lakukan bersama..pendek kata masa zaman belajar dahulu, canggung rasanya bilamana saya ada tapi lilis tiada begitulah sebaliknya (lagi2 time makan hehehe)

Kini, saya dan lilis masing-masing dengan title isteri orang, tidak membataskan kami untuk saling berkongsi bersama..

Sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, Ahad lepas kami berkongsi membuat tart nenas bersama-sama


membuat adunan bersama

Membentuk acuan

Meletakkan jem nenas (buatan lilis, ye aku sebut nama ko ni hahaha)

Baking Time

Hinggalah ke packing

Ye, kami berkongsi citarasa yang sama (saya dan lilis penggemar tegar tart nenas)

Isnin pula kami berbuka dan masak bersama-sama (kami saling berkongsi resipi dan skill memasak, walau gaduh mulut itu lumrah bagi kami)
 Master Chef Bertarung di dapur Motif??

Padprik Ayam : Air Tangan saya, Tomyam Sayur : Air tangan lilis

Ya, terlalu banyak yang kami kongsi bersama untuk diceritakan di sini, hingga kini walau tinggi mana kedudukan kita dan jauh mana kita melangkah, jangan sekali menjadi insan yang alpa, insyallah saya takkan lupakan insan yang pernah susah-senang, nangis-ketawa bersama..Siti Norliza Amat Ramlay

Friendship Forever Lilis love u XoXo


Nota Kaki: Suami saya tak kisah saya nak kongsi apapun dengan lilis, jangan kongsi laki udah Upsss..

Wednesday, August 3, 2011

Jualan Murah Baju dan Tudung Raya

Salam dan Hai semua,

Salam ramadhan buat semua pembaca blog.

Saya nak jemput semua bloggers (bride to be / mantan bride / mommy to be) ke link ini untuk join the group : Baju & Tudung Raya Murah

Saya dan officemates, Ain baru berjinak-jinak mulakan bisnes jualan tudung dan baju raya siap, actually ain got it from her aunt, saya hanya tolong-tolong from the marketing site, because ain is so shame to jemput-jemput orang join the group :)

Semuanya murah-murah compare to market price.

Kalau tak berminat, just cuci mata pun tak mengapa, but we promise the best price compare to market.

Sebab semua item took direct from supllier, so kene book untuk stok.

Ini antara few items yang saya berkenan n dah book :)

Yang ini Material Chiffon

Yang Ini Bella Chiffon
Okay see you then, jangan lupa ye, join the group ;)

Wednesday, July 27, 2011

Update Lapuk : Birthday Present

Salam dan hye,

Seperti biasa, saya tidak akan membuat sebarang post baru kalau tiada gambar, makanya jadilah post itu sebagai "update lapuk" hehe

Seperti dalam post saya ini, ulangtahun kelahiran saya.

Ya, saya memang tidak meminta-minta atau terbiasa memanjakan diri sendiri kepada suami untuk penuhi kehendak saya *(ko nak, ko usaha, selagi tak dapat duduk diam-diam)

Sebenarnya bukan saya seorang yang rajin bagi kejutan pada suami saya seperti dalam post ini. suami saya pun bijak memberi kejutan tau, sudah pastilah di usia 27tahun tiada parti besar-besaran dan tiada sambutan hebat, cukup dengan pemberian ikhlas suami buat saya

..

..

..

Dikala saya sedang sibuk menyiapkan lauk ayam padprik kegemaran suami, dia boleh buat dialog ;

B : Syg tolong amik bakul baju kering dalam bilik
S : Bie amik la sendiri, tangan syg bau ayam ni
B : Tolongla, nak angkat baju kering ni
S : hisy iyala

Usai sahaja saya masuk ke bilik kami, maka ternampaklah ini *yang saya idam2kan


Hadiah + Sekuntum rose + Birthday Kad *oh Hubby I Heart you la*

Inilah yang saya nak sangat Oven!


Ya, saya tidak mahu demanding itu-ini, cukuplah dengan oven ini saya akan belajar buat cakes, cupcakes, biscuits. ketika post ini ditulis, saya telah sempat bake "choclate moist" dan "Strawberry cheese cake" semua resipi dari Myresipi.com.
(Jumpa kabel phone saya upload gambar kek insyallah

Itu sahajalah perkongsian saya, till then :)

Tuesday, July 26, 2011

Ice-Cream Stick as Wedding Props

Salam dan Hye gojes-gojes semua,

Ingin berkongsi idea menarik buat bride to be sekalian (Rasa nak mendeko-deko lagi, tapi semua kenalan rapat dah kawin aisey )

Selalu lepas upacara sanding mesti most of the brides and grooms zaman sekarang ada outdoor photoshoot kan?tak lengkap outdoor tanpa sebarang props, kebiasaannya hanya hand flower, lace umbrella menjadi props bukan?
Kenapa tidak cuba idea ini, sangat mudah hanya perlukan batang ice-cream dan printed kadbod (manila kad pun boleh) dan print title block "I'm his Mrs" dan "I'm her Mr" ataupun "He's Mine" dan "She's Mine" cara jugak kan?

Sumber : Etsy
Bride to be yang berminat boleh carik ilham macam-macam sekarang, yang penting kos tidak semahal mana hasil terpahat selalu :)

Sekian dahulu.

Monday, July 25, 2011

Merah itu Love

Salam dan Hye,

Ingin berkongsi sesuatu yang menarik buat b2b semua
(Xsalahkan mantan masih minat dengan lovely ideas ni? ;p)

 
 

 

Sumber : hostessblog

Boleh digunakan sebagai props pre-wedding mahupun post-wedding, mungkin b2b ada lebih banyak masa untuk memikirkan sesuatu yang indah untuk diabadikan dalam majlis kalian.

Semoga bertemu di next entry.

Friday, July 15, 2011

Berbantal-Bantal

Salam dan Hye,

Saya suka trend pelamin sekarang, unik and sangat cantik!

Konsep : Bantal (Kalau banyak berbantal-bantal, eh ye ke?)

Latest Farah AF which nikah hari ini 15 Julai 2011, pelamin dia pun berbantal-bantal (syok!)


Sumber : Oh Bulan

Dan saya sempat men-googling rupanya banyak jugak pelamin konsep bantal ni tak kisah la pelamin nikah atau sanding kan..sangat cantik, gubahan yang mudah hanya perlu diletak tanpa perlu risaukan kedudukannya, even bercampur aduk pun cantik macam gambar di bawah ni


Best !



All Photos Kredit to : google.com


B2B mungkin boleh cuba konsep berbantal-bantal ni.

Nota : Mengantuk terus tengok bantal weee ;p

Monday, July 11, 2011

Apa Ada Pada Warna

Salam dan Hye,

Baru-baru ni YM dengan one of my friend, Suzey yang akan nikah 11.11.2011. Bertuah badan Suzey ni sebab bakal hubby dia adik kepada Arma Couture , so pakaian memang tiada masalah langsung sebab ditaja (Rezeki dia kan)

Me : Suz, warna tema dah ada?
Suzey : Iya sudah, ko jangan terperanjat aku nikah kaler hijau
Me : Nikah hijau?wah jarang org buat
Suzey : iya, tapi aku boleh pakai apa yang orang xambil saja tarikh itu, mau bawak balik Sabah lagi.
Me : Iya la kan, takpa ko cantik pakai apa pun mesti cantik :)

Majlis akan diadakan di Kota Kinabalu (Oh can't wait for her wedding, mesti dia gojes, sbb orangnya cantik)

So berbalik pada isu hijau pucuk pisang semasa nikah, ya saya akui memang jarang orang nikah pakai kaler terang-terang (mungkin nikah kebiasaannya di Masjid dan warna-warna seperti putih, cream, peach, light pink dan segala light colour sudah sinonim dengan nikah)
Tapi apapun bergantung kepada niat kita, warna adalah faktor kecil sahaja.

Saya ada teman di Perak yang nikah mengenakan warna hitam (apa ada pada warna), jadi terpulang pada diri masing-masing.

Pada B2B sekalian, tidak perlu pusing apa yang orang nak kata, Majlis kita biar kita yang merancang.

Sekian dulu :)

Thursday, July 7, 2011

Kejutan yang Tidak Menjadi

Salam dan Hai,


Saya merancang buat kejutan untuk suami (sebenarnya saya ada buat kesalahan sikit dekat suami, gaduh-gaduh manja la katakan, kiranya kejutan ini untuk minta maaf). Kejutannya adalah saya order a bouquet of red roses and delivery to husband office, entah di mana datang idea tiba-tiba saja rasa tak pernah bagi husband bunga.

Saya order via this website kedai kat Ipoh, harga below RM100, kira okayla kot.

Saya membayangkan Abg delivery tu akan datang ke office husband, jumpa receptionist and the receptionist akan panggil suami saya keluar ambil bunga tu, mesti dia terpinga-terpinga sambil malu-malu dengan all the staffs.

Tapi

...
...
...


Hakikat yang terjadi adalah.....

Abg delivery tu sampai ngam-ngam before lunch time my hubby, masa tu hubby dah dekat kereta and boleh pulak dia blocking hubby's car, dan dia pegi kol hubby and hubby pick up phone depan abg delivery tu..So that Dialog yang sepatutnya "Encik Arif ada bunga untuk En. Arif" bertukar "Encik yang dekat kereta kembara tu ke?ada bunga ni untuk encik"

Hampa saya mendengarnya....

Tapi takpela, husband pun gembira dan terharu, dan siap bagitau nasib baik xdapat kat dalam office kalau tak malu bie...

Itulah kisah kejutan yang tak menjadi saya (gara-gara instant planning), mungkin selepas ni boleh buat proper planning, mungkin boleh gunakan kenalan-kenalan di Perak.



Inilah Munge itu, Incik Hubby MMS


Selingan :

Selepas ramai bloggers yang amalkan Virgin Coconut Oil(VCO), dan ramai yang bagi good testimonial, ini yang baru nak mencuba. (Kat Farmasi takde jual ke ek?)
Percubaan Pertama..Order from here
Setakat ini sahaja, jumpa next post insyallah ;)

Tuesday, July 5, 2011

Tema Pre-Wedding : Workplace

Salam dan Hai,

Ingin berkongsi sesuatu yang menarik buat bride to be di luar sana, idea yang ringkas dan menarik untuk yang masih mencari-cari tema pre-wedding. Sebelum ini saya pernah mencoretkan tentang props untuk pre-wedding <post ini>.

Kali ini saya ingin selitkan tema pre-wedding yang diambil berdasarkan profession pasangan,sebagai contoh, kakak Office saya Kak Fida, during her sister wedding, si adik seorang Pramugari dan bakal suami seorang Pilot masing-masing bertugas di Malaysia Airlines (MAS), percintaan di tempat kerja di ambil sebagai tema untuk pre-wedding shoot mereka. Idea yang menarik bukan?


Source : FB Kak Fida

Saya pernah terfikir untuk Pre-wedding di landasan keretapi sambil saya dan suami memakai Safety Helmet Putih dan mengepit drawing (kerana saya dan suami berkenalan semasa masing-masing bertugas di Projek Landasan Berkembar Ipoh-Padang Besar) Fikir punya fikir macam bahaya pula, mesti ada prosedur keselamatan yang perlu diambil kira, karang xpasal2 bangla kat site pun menumpang sama, haru jadinya..

Antara idea-idea menarik boleh dikongsi yang mengambil pekerjaan sebagai tema pre-wedding 

Bakal Suami sebagai chef, dan bakal isteri jurutera (jurutera perisian mungkin)





Photo Source : Here

Atau mungkin juga bakal suami seorang tentera?



Photo Source : Unique Pre-Wedding


Jadi tidak kira apapun kerjaya anda dan pasangan, mungkin idea mengarapkan profesion sebagai tema adalah idea yang sangat unik.

Monday, July 4, 2011

Lima Bulan Sudah

Salam dan hye,

Alhamdulillah bersyukur kepadaNYA, usia perkahwinan kami sudah menginjak ke usia 5 bulan.

Kalau ditanya, dalam tempoh 5 bulan apa yang dipelajari?Oh ya, masih mengadaptasikan diri sebagai isteri kepada suami, masih belajar dalam membuat keputusan perlu dengan izin suami,masih mengenali perangai masing2 luar dan dalam, sedang bersemangat mencuba-cuba resipi baru dan yang paling penting masih BERUSAHA untuk mendapatkan kurniaan zuriat daripadaNYA, insyallah.

5 Bulan yang berlalu sebenarnya agak lama kerana saban hari dihitung menunggu penghijrahan suami ke projek MRT KL (Cepatla announce). Ya, mungkin Ipoh-KL tidak jauh mana, tetapi akan lebih bermakna dan bernilai andainya yang tersayang berada di sisi.

September ini pula, saya tidak akan lagi bekerja kerana akan menyambung pengajian Master saya di bawah tajaan SLAB, semoga segala urusan saya dan suami akan dipermudahkan yang ESA. amin

Korang pulak dalam tempoh 5 Bulan apa yang dah dipelajari?
Ikhsan : Google

Tuesday, June 28, 2011

Maternity Photoshoot yang Menyentuh Kalbu

Salam dan Hai Semua,

Nak share photo yang menarik daripada Adinang Photography untuk maternity photoshoot Aida Gadis Melayu and her Husband Saiful Nizam (Pembaca Berita TV 3), dan aida kini telah selamat melahirkan puteri sulungnya, alhamdulilah :)

Buat bloggers yang akan bakal bergelar mommy to be, semestinya teruja dengan kelahiran si kecil nanti, so boleh diabadikan dengan maternity photoshoot mcm ni

....Speechless, sangat cantik

Terharu dengan pics ni

Speed Limit, well this photo has its own meaning
                                   (Photo Source : Adinang Photography FB)
Shoot daripada adinang ni rasa boleh buat Bakal-bakal ibu menangis kan..

Okay enjoy photos, moga ada rezeki berjumpa pada next entri :)


Nota Kaki : Rezeki saya dan suami akan tiba jua nanti, amin insyallah

Thursday, June 23, 2011

24 June 1984..Hari Keputerianku

Salam dan Hai,

Alhamdulillah..24 Jun datang lagi, dan kini menginjaklah usia saya ini ke-27 Tahun..

Sumber : Google
Hari Jadi tahun ini amat bermakna kerana status telah berubah , kepada isteri orang.

Sms daripada suami tersayang amat menyentuh hati, tidak putus-putus dan tidak jemu-jemu mengingatkan diri ini bahawa dia amat menyayangi dan mencintai diri ini..menasihatkan diri ini agar menjadi isteri yang baik, menjaga maruah diri, rumahtangga (Oh tuhan, betapa saya rindu pada si dia)

Suami ada bertanya "Syg nak ape"...tapi sungguh saya tak reti nak minta2 untuk kepentingan diri sendiri "Nak beg Coach", "Nak Jam Guess", "Nak gelang emas" (Apa ko ingat laki ko ni mesin duit??). Kerana segala kehendak itu perlu saya usahakan sendiri, jika nak minta dengan suami pun mungkin "Bie, Washing Machine dah rosak", "Bie, Water Heater dah tak panas".
Tapi untuk hari lahir saya, tidak perlulah saya meminta-minta, biarlah suami memberi apa adanya dan seikhlasnya, sungguh pasti saya terima dengan gembira.

Menjadi isteri bukan bermakna segala duit gajinya milik kita, berpada-padalah. Ikatan suami isteri saling lengkap-melengkapi kerana menjadi Isteri umpama Menjadi Layar dan sauh bagi Kapal, Tiada Isteri terumbang-ambinglah urusan seharian rumahtangga, begitu juga kapal tiada sauh dan layarnya terumbang-ambinglah ia di lautan.

Sejak menjadi isteri ini, boleh dikira rasanya saya membeli untuk diri sendiri, kebanyakkannya lebih untuk keperluan rumah, kehendak saya ketepikan dahulu, kerana kami baru sahaja bertatih dalam melayari rumahtangga, masih banyak perlu dipelajari.

Eh ini post pasal birthday saya, tapi ini mcm dah melalut kan?

Oklah, tiada apa yang saya impikan untuk hari jadi ini, semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmatNYA buat diri saya dan suami, buat rumahtangga kami, memurahkan rezeki (tidak kisah rezeki apapun, rezeki kerja, belajar, zuriat insyallah), serta mengurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan buat kami suami isteri.

Insyallah Cinta Sampai Syurga Ilahi


Amin2 Ya Rabb..

P/S - Maaf, Post ini tiada kaitan dengan sesiapa, sekadar mengingatkan diri sendiri sahaja

Saturday, June 18, 2011

Kisah Bulan Madu yang tersimpan

Salam dan Hai,

Ini adalah post berjadual.

Majlis Perkahwinan saya ( 4 & 5 Februari 2011), Bertandang (12 Februari 2011), Honeymoon Kami (15 ~ 18 Februari 2011) *Sekarang dah bulan 6, baru terhegeh2 nak hapdet, ampun2 kamera dekat husband, baru ni amik semula*

Sebagai bloggers yang baik hati korang takkan marah kn?

Oklah Layan la sikit gambar kami di Kota Kinabalu Sabah ba.

Just nak bagi info pada b2b yang merancang untuk berhoneymoon, you all boleh booked hotel via agoda.com sebab the price was more cheaper rather than you booked through the hotel it self. *serius*

Flight dari LCCT pukul 5.15 p.m, sampai KK around 7.15 ~ 7.30 p.m, check in hotel (Beverly Hotel KK) and then carik tempat makan.

Dipendekkan cerita, we visited Pasar Filipina, Pulau Manukan, few more places yang xingat namenye. The best part KK ni adalah seafood nye, fuhh sampai sekarang terbayang crab adn butter prawn tue.

Enjoy photos :)


Dalam Flight Lepas Departure

Beverly Hotel


Pasar Philipines

Butter Crab & Butter Prawn Yums!

Manukan Island

Manukan Island #2

Waktu Balik, Ada Masa Singgah Muzium hahaha boleh?

Semoga berjumpa lagi!

P/S - Rasa nak je bercuti lagi.

Thursday, June 16, 2011

Veil Nikah for Rent

Salam Jumaat semua,

Hari ini sekali lagi dengan rendah dirinya ingin membuka penyewaan untul veil nikah saya.

Saya bukannya bussiness woman yang memikirkan keuntungan semata, tapi lebih kepada niat *daripada simpan tergantung baik sewakan

Perincian Veil Nikah

Saiz : Kurang Pasti, tapi bukan veil yang panjang mcm sanding.
Colour : Net (Soft Cream), Hiasan (Gold)
Material : Net
Kemasan : Manik dan Fabrik Bunga-bungaan Timbul
Pakej : Beserta dengan Kemasan Atas Awning (kurang pasti namanya refer gambar)

Price

RM 35 (Veil dan Kemasan pada Awning)

Deposit

RM30 (Dipulangkan semula jika veil tiada kerosakan dan sebagainya)

Pick Up Point

Klang - Bkt.Raja - Shah Alam (Sek. 7)
Kuantan (Depends my availibility)
Ipoh-Sg. Siput-Kuala Kangsar (Depends on Husband Availibity)





Kemasan Atas Awning Diikat Sekali Pada Tudung

Sekali lagi maaf, tiada urusan pos / courier dikhuatiri veil akan rosak.

Sebarang Pertanyaan boleh diajukan kepada : putri_z246@yahoo.com

Terima Kasih.