Click Click

Pages

Tuesday, January 4, 2011

Doa dari hati yang Kudus

Salam dan Hai Semua,

Masih dalam mood tahun baru? 

Entri ini tidak ada kena mengena dengan persiapan perkahwinan saya *Header title Blog saya pun Kisah Tentang Masa Kini dan Hadapan kan? *
Pada awal Nov lalu saya dipanggil untuk Temuduga Skim Fellowship Peringkat Fakulti Kejuruteraan Awam UMP, dalam <post> ini. Skim di bawah tajaan Kementerian Pengajian Tinggi ini akan menaja pelajarnya untuk menyambung pengajian Master dan PhD.. Alhamdullilah saya lulus temuduga tersebut dan akan menghadiri temuduga selanjutnya dijangka December 2010.
Namun ditangguhkan ke 5hb Januari 2011…temuduga peringkat kedua ini bersama Naib Canselor dan Lembaga Pengarah, saya rasa mungkin sukar temuduga kali ni dan saingan sudah tentu sengit.
Jauh di sudut hati saya, saya mendoakan agar Allah memurahkan rezeki untuk saya kerana saya memang berazam melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, dan amat meminati dunia pendidikan tinggi *Doa dalam hati
Doakan saya kawan2…

*Besok akan bercuti untuk menghadiri temuduga di Pahang, perasaan saya bercampur2, kenapa ya?

No comments: