Click Click

Pages

Wednesday, January 26, 2011

Hujung Minggu Saya yang Sibuk

Salam dan hai,
Selamat Hari Khamis! Dah Khamis, esok Jumaat, lusa Sabtu..haish cepatnya masa berlalu…Hari dah Khamis tapi saya baru nak update pasal jadual hujung minggu saya yang lalu yang padat.
22nd January – Kenduri Tahlil Arwah Ibu saya yang genap setahun kembali ke rahmatullah (Al-Fatihah) moga rohnya dicucuri rahmat yang ESA..amin.. Kami hanya buat kecil-kecilan sekali langsung dengan Mesyuarat AJK Majlis saya dipengerusikan Pakteh saya. Alhamdulilah kata sepakat diperolehi dalam mesyuarat tersebut ; Ketua Pemerhati Majlis – Tn Hj Ramlan (Jiran saya) dan adik-beradik bertindak sebagai Ketua Menyambut Tetamu, Hadiah dan sebagainya dibantu saudara mara. Susah juga nak puaskan hati semua orang ni. Apapun aku bersyukur punya keluarga yang menyokong dari awal perancangan majlis ku ini. Mungkin Allah ambil abah dan emakku tapi DIA kurniakan adik-beradik yang cukup sempurna, Alhamdulilah.
Juadah semasa Kenduri Tahlil dan Mesyuarat AJK Majlis












23rd January – Majlis Penyatuan Hati Rakan Karibku Siti Norliza & Suami Shaiful Adli (S & S)..Alhamdulilah lengkap sudah perjalanan majlis rakan karibku dari Majlis Nikah (14 Nov 2010), Resepsi Lelaki (12 Dec 2010) diikuti dengan majlis gilang-gemilang resepsi perempuan (23 Jan 2011)..Segala-galanya lancar walau segala jerit perih dugaan telah Lilis hadapi, syukur Majlis selamat dan lancar. Lis, I was happy when see you happy, and I’ll cry when see you cry (terharu tak ko?) Aku doakan semoga Ikatan kalian kekal hingga penghujung nyawa dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah, amin. Mengenali Lilis dari bangku sekolah, di Politeknik dan ke UTM Skudai, dan sehingga ke hari ini dan moga hingga selamanya. Bercerita tentang seorang Siti Norliza Binti Amat Ramlay ini, dia seorang yang sensitive di dalamnya, dan yang istimewanya dia seorang rakan karibku yang cukup memahami isi hatiku luar dan dalam seperti aku mengerti dirinya luar dan dalam. Kalau nak bercerita kenangan kami dari zaman sekolah, Poli dan terutamanya UTM (paling banyak kenangan suka duka kami) mungkin post ini akan ada kesinambungan episode la mcmtu..Apapun Special for Siti Norliza Bt Amat Ramlay There are no words could describe how glad I am having a best friend just Like u, with Allah Blessing I hope our relationship will always remains till end of our life, amin. Take Care and be a Good and Loyal wife okay. (Oh saya sempat menDIY Pomander for Lilis, hanya beli artificial flower dan gunakan balance styrofoam ball saya)
Layan Gambar yang ada and some was grab from her FB Account ;)

Sumbangan Deko saya buat lilis


AJK Pada Hari Bahagia Lilis -- Fyda, saya

Pomander menjadi Deko Meja Beradab

Centerpiece di Meja Beradab, Daisy

Okay sekian dulu... 
Salam dan semoga bertemu di lain lembaran









No comments: