Click Click

Pages

Monday, March 28, 2011

Review Majlis Sanding : Innershine Vs Bunga Rampai

Salam semua..
Okeh mood berblog kembali datang..tgk ade update sikit kan ?huhu
Kali ni nk review pasal bottle2 innershine saya dalam <post ini>
Botol innershine ini dijadikan gift selepas tetamu sign in Guest Book (Tapi ramai yang segan nak amik sbb saya terlupa letak sign “Please Take One”  sobs sobs tapi takpe saya sempat pesan dekat ain dan lilis suruh kawan2 amik)
Innershine yang saya kumpul xbanyak sbb sempat teguk beberapa bulan sahaja sebelum kahwin (dah kahwin bertukar kepada satu produk lain nanti saya buat post tentang produk yang saya minum skrg huhu)
Botol innershine ini saya saya isikan dengan bunga rampai yang dihiris oleh makcik dan anak2 buah (Gila diktator masa ni mengarah itu ini hehehe)..Tiada resepi istimewa, cuma saya ada terbaca tips daun pandan harus diasingkan terlebih dahulu sebelum dicampur dengan bunga-bunga segar kerana bunga cepat layu berbanding daun pandan..apabila nak digunakan baru campurkan dan sembur sedikit wangi-wangian mcm saya pakai perfume cologne tu.
Kemudian untuk tambahkan seri saya tutup botol itu dengan kain lace silver (ntah ye ke lace) n ribbon besar pink… barulah mengikut tema kan…
So hasilnya …..
Itu Tangan Ain tgah menyusun..many many thanks ain!!

Bekas Hantaran Tunang Dijadikan Pelapik Botol

Hadiah Ikhlas saya buat teman2..

Okaylah kan, walau budget xseberapa namun menjadi kenang-kenangan buat teman2..

P/s – Saya lupa rembat satu untuk diabadikan kenangan buat diri sendiri (asyik lupa je kan?)

Sekian dulu semoga berjumpa lagi..Oh terima kasih buat Adik amani qistina yang sudi buat post wedding saya..Luv u too Qis..

Thursday, March 24, 2011

Review Majlis Sanding : Guest Book Corner

Salam semua…
Kebizian dan kemalasan melanda untuk update blog..sorry ya, mana yang ingat saya review hehehe
Okay actually Guest Book saya adalah hasil inspirasi dari Puan Xora the great..
Xbanyak yang saya lakukan untuk guest book ini sebab inner page telah di designkan oleh Ain sista I just inform her how I would like it to be.
Da siap I just buy the paper using paper mcm certificates paper (xtau la namenye) and print it out.
After that hanta jilid di Seksyen 2 Shah Alam… Price Rm35 cmtu…murah kan..?
Tapi yang siannye I’m hoping for jilid colour pink…mana nak cari sbb rasanya masa di UTM Skudai dekat Taman Universiti pernah Nampak Jilid warna pink..
So just choose Black cover and stamping Silver sebab Edge-Deco to warna silver.
So this was the Guest Book Looks

Fresh Baru amik dekat Seksyen 2 mase ni


Edge-Deco Silver

   
Inner of the Guest Book (Pantun Karangan sendiri huhu)

Okay during my wedding, Guest Book Corner telah disiapkan olah Ain (My very2 supportive assistant at the office as well during my wedding) and my best friend Lilis (Time Kasih la korang) Using my DIY Signage masa Pre Wedding dalam post ini..So here it looks during my wedding day…
Guest Book Corner (Hasil Garapan Lilis dan Ain)


Bungga Hantaran dijadikan pelengkap dekorasi

Tangan Mak Buyung Fyda hehe















Oh ye, Guest Book ni saya gunakan masa Majlis di Klang dan Kuantan as well (2 in 1 jimat!)
Guest Book Masa di Kuantan guna my DIY pomander as the decoration

Nota : Nampak Hasil DIY Bungga Rampai and Innershine? Nanti I review..
Okay semoga berjumpa pada entri yang lain insyallah.. 

Tuesday, March 15, 2011

Majlis Bertandang Menandang

Salam semua,
Haish giler malas update blog kerana ralit mengikuti blog zack zukhairi..*sngat spontan kisah2 dalam blognye dan sgt jujur okey..
Okayla just nk review majlis bertandang kami pada 12 Februari 2011 di Kuantan Pahang.
Di Pahang majlis kami di Dewan LKPI Pahang, Jalan Teluk Sisek, kerana jemputan majlis bertandang tidak ramai (approxiametly 400 cmtuh) Dewan ni sgtla sesuai..xbesar, dan xterlalu kecil..oh ya LKPI stands for Lembaga Kemajuan Perempuan Islam..kedudukan dewan ni sgt startegik, betul2 tepi jalan..dan berhadapan dengan Hotel Seri Malaysia dan Vistana. (Okay terpromote dewan pulak )
Hurm sbb mase kwin ri tu cuti agak lame dari 1st Feb- 18st Feb..so lepas wedding di Klang, setlle segala apa patut (servis keta, angkt brg etc)… on the 10th Feb gerak ke Kuantan and family dari Klang gerak on the 11th Feb malam, 9 lebih (mlm)n gerak 3 pagi smpai 6 jam kowt (lambat gile bus ni), namun bila saya tanye pada driver bus:
“kenapa lmbt sgt smpainye bang?”  
jwpn yg agak klise diterima
“Abang bukan bawak nyawa abang sorg, abang bawak byk nyawa” *Erkk Gulp~
okay, berbalik cerita asal Majlis pada 12 Februari 2011 bersamaan 9 Rabiulawal 1423 Hijrah selepas zohor..semuanya alhamdulilah okay, namun kami (saya dan suami) tidak berpuas hati dgn PA System Dewan yang agak berkecamuk (mcm fikiran yg kusut) bunyi yang mmg failed di telinga kami. Tapi semua pun dah berakhir syukur ke hadrat ilahi.
Terima Kasih pada semua yang memeriahkan majlis di Kuantan Pahang, terutama kepada Budget Bridal Boutique (Make up & Pelamin + free photographer) yang telah menyiapkan pelamin kami hingga ke 4 pagi dan semua memuji pelamin sungguh cantik. Terima kasih kepada Keluarga Mertua,Adik beradik dari Klang, Adik Beradik Ipar, Saudara Mara sahabat handai yang datang dari jauh dan dekat..
Sekian dulu...see you guys in my next post insyallah and oh few photos for sharing.. =)
p/s : Badan letih baru pulang dari Kuantan melawat anak buah sulung keluarga suami..Welcome Dania Amani Bt Amir Azwan to the Zainudin’s Family.

Giler kentang leh lompat cmni?

Thursday, March 3, 2011

Happy 1 Month Anniversary!

Salam dan hai semua,

Hari ni 4 March 2011 bersamaaan 29 RabiullAwal dan genap sebulan penyatuan hati saya dan suami.
Just nak wish buat suami tersayang Incik Arif Azlee :
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-SEBULAN (Gila Gedik Sebulan pun nak sambut kan?hehe)
SEMOGA KASIH SAYANG KITA KEKAL SUBUR MEKAR SETIAP HARI HINGGA KE SYURGA ALLAH
DAN DISERIKAN DENGAN ZURIAT KETURUNAN YANG BAIK

AMIN YA RABBAL AL-AMIN


LOVE U MUCH!

Yours Truly Wife,
Sayang

Tuesday, March 1, 2011

Resepsi Persandingan 5 Februari 2011

Salam dan bertemu kembali,
Cepatnya dah March.. rase baru je kahwin rupanya dah 3 Minggu huhu
Okayla berbalik kepada title entri kali ni, sedikit review majlis persandingan saya.. (*Flashback)
Majlis saya bermula seawal jam 10 pagi kerana dimulai dengan Majlis Khatam Al-quran dan Marhaban.
Seterusnya Majlis Persandingan Selepas Zohor, 1.30 mcmtu..
Alhamdulilah semuanya Lancar dan Teratur, saya diiringi Flower Boy dan dayang-dayang untuk bertemu dengan suami tercinta, setelah berarak dan sampai di hadapan rumah saya, pasangan pengantin berhenti dan duduk di kerusi yang disediakan di luar rumah *(serius ini tiada dalam tentatif) rupanya untuk bacaan doa dan selawat daripada pakteh saya (Dalam tentatif sepatutnya bacaan doa sewaktu di meja beradab) Lebih keberkatan sebelum majlis bermula dimulai dengan doa *Terima Kasih kepada Emcee Cikgu Nazwan yang bijak mengatur majlis, walau lari drp tentatif, tetap tenang mengawal majlis*.
Majlis diteruskan dengan paluan kompang diikuti majlis merenjis, seterusnya ke Meja Makan Beradab, Acara Potong Kek, dan Majlis Bergambar.
Alhamdulilah tidak terhingga, Majlis saya lancar dengan bantuan Adik-beradik, Anak2 Buah, Saudara Mara, Rakan2 Karib (Ain, Lilis, Bechik, Achik, Alin) Terima Kasih smua.. Terima Kasih pada rakan2 taulan yang sudi hadir, ada yang saya sekadar dapat melambaikan tangan kerana nampak kehadiran mereka.
Layan gambar dulu, bila saya teringat akan saya review satu-satu nanti insyallah.


Kiri - My BridesMaid, Kanan - My MUA
Kengkawan UTM

Meja Beradab
Semoga bertemu lagi =)