Click Click

Pages

Wednesday, April 27, 2011

Allah Lebih Menyayanginya…

Salam semua,
Pagi ini saya terbaca status di FB kawan satu sekolah saya Mohd Faiz a.k.a Burn ttg seorang temannya (Mohd Yazid) yang kehilangan isteri setelah melahirkan bayi lelaki sulung mereka pada 17 April 2011. Saya tidak tahu cerita sebenar kerana tidak mengenali arwah mahupun suaminya itu, mungkin Arwah ibu (Ilyana Sulaiman) mengalami komplikasi, tetapi yang nyata Arwah merupakan insan terpilih untuk bertemuNYA saat melahirkan zuriat dari benih suaminya.Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para anbia dan solihinnya dan perginya arwah ke jalan syahid Allah. Wallahualam

Lahirnya Muhammad Ikhmal Bin Mohd Yazid ke dunia pada 17 April 2011, merupakan anugerah yang terindah buat pasangan ini, namun Allah lebih menyayangi ibunya. Semoga Ikhmal membesar menjadi anak yang soleh dan mendengar kata. Semoga Ayah kepada Ikhmal (Mohd Yazid) tabah menjadi ibu dan ayah kepada Ikhmal. Sabarlah menhadapi ujian yang maha berat buat kamu ini. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan percayalah akan hikmah tersembunyi disebalik ujian NYA ini.

Walau saya tidak mengenali kalian namun hati wanita saya sgt tersentuh membaca dan menatap gambar2 ikhmal.

Firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi: “Tidak ada balasan bagi hambaKu yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”

Inilah wajah adik Ikhmal..ada air mata di wajahnya…walau tidak sempat merasa titisan air susu ibumu, percayalah titisan kasih sayang ayahmu akan membesarkan kamu menjadi anak yang sihat dan soleh…amin

Tears in his eye...be a gud boy Ikhmal


Kasihnya Ibu Membwa ke SYurga, Kasihnya Ayah Sanggup Berkorban
(Photo Source : FB Yazid)
~Al-Fatihah buat Arwah Ilyana Binti Sulaiman~

Sekian dulu dari saya.

Nota Kaki:  Mensyukuri kejadian kita di dunia ini..betapa besarnya kuasa Ilahi

5 comments:

hanidatul shatira said...

ya Allah..SEdihnya tengok baby tuhh..... :(

smoga die tabah bila dewasa dan semoga roh dirahmati....

Putri Qaseh said...

Hani : Itula kan..sgt sedih..semoga ayah die berjaya didik jadi anak yang soleh...insyallah

yUmIe said...

sedih..takziah buat keluarga mereka.
*takut mengenangkan nasib sendiri nt mcm mana.berdoa agar semuanya selamat..huhu

ANIeM said...

Pic last wat sy tersentuh..Semoga mereka tabah.

Putri Qaseh said...

Yumie : iye sgt sedih..Takziah buat keluarga mereka..Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke ats rohnya...Yumie dah bace post kamu tahniah tau..jgn sedih2 nti effect baby :)
ANiem : Itulah harap ayah tabah besarkan zuriat mereka...