Click Click

Pages

Monday, May 9, 2011

Al-Fatihah

(Maaf Post Tiada bergambar)
Salam dan hai semua,
Hari ini 10 Mei 2011 … 7 tahun yang lalu 10 Mei 2004 lebih kurang 10 pagi, Arwah Abah saya yang tersayang, Hj. Razi Bin Hj. Anuari telah menyahut panggilan ilahi. Dan saya merupakan insan terakhir yang menghadap arwah abah, di saat itu usia saya 20 tahun apa yang dapat saya ingati malam sebelum pemergian arwah, saya menjaga beliau dan tidak putus-putus membaca surah Yassin, dan saat itu saya sudah redha andai nyawa arwah abah tidak panjang, kerana saya sudah tidak mampu melihat kesakitan yang terpaksa ditanggung arwah abah,namun jauh di sudut hati saya masih mengharap sesuatu ‘miracle’ berlaku dan arwah pulih dan sihat seperti sedia kala.
Seingat saya sakit arwah abah bermula tahun 2002, arwah abah memang ada penyakit kencing manis, kemuncaknya pada tahun 2002, kencing manis makin tinggi hingga menyukarkan arwah abah untuk berdiri, dan berjalan, (masih mampu berjalan menggunakan tongkat) …Akhirnya arwah abah diserang strok dan tidak mampu lagi untuk berjalan dan hanya mampu menggunakan kerusi roda. Saya amat sedih namun saya tau, saya harus kuat dan tabah kerana orang sakit perlukan semangat. Walaupun saya anak ke-5 dari 6 orang adik-beradik, saya rasa tanggungjawab bagi saya menjaga, memandikan arwah abah, segalanya saya lakukan. Pernah saya dimarahi sewaktu memotong kuku arwah abah, namun tiada setitik air mata saya pun keluar, kerana saya berterusan sabar.
2 tahun lamanya arwah abah menanggung kesakitan, tidak pernah walau sekali saya melihat arwah abah meninggalkan solatnya, kecuali semasa koma sebelum meninggal dunia. Saya sangat kagum, Arwah Abah adalah insan yang paling kuat dan tabah, kerana di saat Allah menguji arwah abah dengan begitu besar sekali, Arwah Abah masih ingat bahawa segalan yang berkuasa adalah Allah S.W.T yang ESA.
Dan Pada hari ini, genap 7 Tahun pemergian arwah abah (secara tepatnya bulan Islam pada 20 RabiulAwal), saya menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahanda dantidak ketinggalan buat arwah bonda yang telah pergi menyahut seruan ilahi. Semoga Allah S.W.T memberi rahmat ke atas roh mereka.amin
Di saat saya telah bergelar Isteri kepada suami tercinta, saya masih ingat di mana kedudukan saya sekarang, setinggi mana kedudukan dan pendidikan saya pada hari ini, insyallah saya tidak akan alpa. Saya dilahirkan oleh pasangan di mana abah hanyalah sekolah pondok dan emak tidak bersekolah, dan hari ini saya mampu membuktikan bahawa saya berbangga dilahirkan oleh mereka, walau mereka tidak dapat melihat kejayaan saya pada hari ini.
Buat Arwah Emak dan Abah > Yai sayangggg sangat mak ngn abah… Maafkan anakanda mu ini andai ada kesalahan yang pernah dilakukan…Kalaulah kalian masih hidup ingin sekali memberikan segala yang ada di dunia ini untuk kalian…namun Yai masih berpijak di bumi nyata, Arwah Emak n Abah berada di alam kekal di sana..Kita akan bertemu jua suatu hari nanti…
Kini syurga saya di bawah telapak suami tercinta, insyallah akan diabadikan cinta ini hingga ke syurga ilahi dan saya akan berterusan menjadi isteri yang terbaik dan solehah buat suami..amin insyallah

P/S – Menahan Air mata yang bergenang…

5 comments:

Reen Tart Nenas said...

putri, sedih :(

amani.. said...

kak..amani phm cmne rsnye kehlngan org yg tersyg...lg2 ayh atau ibu kita..amani pun membsar tanpa kasih sayang ayh..dlu kalau pegi skolah tgk kwn2 dihntar oleh ayh masg2 rs sayu sgt..ble ade pape event diorg dtg dgn mak ayh masg2 rs mcm jeles sgt..
tp kita kena sabar dan tabah kan..stiap yg hdup pasti akn mati..tiada yg kekal di dunia ini..
akak kuatkn smgat ye...

Putri Qaseh said...

Reen : Saya lagi sedih :( Segala ujian dari-NYA kini menjadikan sy seorang yang matang n tabah insyallah..
Amani : Terima kasih dik..insyallah akan terus dikuatkan semangat ini..papepun Life must always and always go on n on~

aTy _faRed~ said...

alfatihah tuk arwah abah awak.. semoga die tenang bersemadi disana...[mood sedih]

Putri Qaseh said...

Thanks aty...