Click Click

Pages

Wednesday, May 25, 2011

Siapa Malaikat Itu

Salam dan Hai,

Terjumpa nota menyentuh hati dalam FB seorang teman sekolah saya, dan ingin berkongsi dengan semua (xtaula kalau dah pernah terbaca) 

Suatu hari seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya “sebentar lagi engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia”. Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut, gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yg tidak pernah dilihatnya.

Lalu bayi itu bertanya kepada Tuhannya “selama ini ada malaikat yg menjagaku dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi bagaimana aku akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yg kecil dan lemah ini?” Lalu Tuhannya menjawab “jangan takut, Sesungguhnya AKU telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu du dunia nanti”

Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi. “dunia itu sudah tentu berbeza. Jika di dalan syurga ini aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatkan ku terasa bahagia, bagaimana di dunia nanti?” Lalu tuhannya menjawab “jangan takut, malaikat yang KUpilih itu akan menyanyikan lagu untukmu, menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuat engkau berasa hangat dan dicintai”

Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi. “aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?” Lalu Tuhannya menjawab “malaikat yang KUpilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yg paling indah, paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan dia akan mengajarmu untuk berbicara.”

Bayi itu bertanya lagi “dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara denganMU kelak?” lalu Tuhannya menjawab “ malaikatmu itu akan menjagamu bagaimana caranya nanti.”

Bayi itu masih lagi terus bertanya “aku dengar di dunia itu ramai org jahat, siapa yg akan melindungiku nanti?” lalu Tuhannya menjawab “malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya.”

Dengan sedih bayi itu bertanya lagi “aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama denganMU lagi !” lalu Tuhannya menjawab “usah gusar, malaikatmu itu akan menceritakan tentangKU padamu. Malaikat itu akan mengajar engkau bagaiman engkau akan kembali padaKU. AKU sentiasa berada disisimu.”

Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi itu bertanyakan soalan terakhir “jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu, bolehkah aku tahu siapa nama malaikat yang Engkau maksudkan itu?” lalu Tuhannya menjawab IBUIBU YANG MELAHIRKAN ENGKAU"

P/S - Buat Kalian yang masih punya Ibu kandung, hargailah mereka selagi hayat mereka dan kamu dikandung badan..saya hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah Buat Arwah Emak Tercinta.

No comments: