Click Click

Pages

Thursday, June 23, 2011

24 June 1984..Hari Keputerianku

Salam dan Hai,

Alhamdulillah..24 Jun datang lagi, dan kini menginjaklah usia saya ini ke-27 Tahun..

Sumber : Google
Hari Jadi tahun ini amat bermakna kerana status telah berubah , kepada isteri orang.

Sms daripada suami tersayang amat menyentuh hati, tidak putus-putus dan tidak jemu-jemu mengingatkan diri ini bahawa dia amat menyayangi dan mencintai diri ini..menasihatkan diri ini agar menjadi isteri yang baik, menjaga maruah diri, rumahtangga (Oh tuhan, betapa saya rindu pada si dia)

Suami ada bertanya "Syg nak ape"...tapi sungguh saya tak reti nak minta2 untuk kepentingan diri sendiri "Nak beg Coach", "Nak Jam Guess", "Nak gelang emas" (Apa ko ingat laki ko ni mesin duit??). Kerana segala kehendak itu perlu saya usahakan sendiri, jika nak minta dengan suami pun mungkin "Bie, Washing Machine dah rosak", "Bie, Water Heater dah tak panas".
Tapi untuk hari lahir saya, tidak perlulah saya meminta-minta, biarlah suami memberi apa adanya dan seikhlasnya, sungguh pasti saya terima dengan gembira.

Menjadi isteri bukan bermakna segala duit gajinya milik kita, berpada-padalah. Ikatan suami isteri saling lengkap-melengkapi kerana menjadi Isteri umpama Menjadi Layar dan sauh bagi Kapal, Tiada Isteri terumbang-ambinglah urusan seharian rumahtangga, begitu juga kapal tiada sauh dan layarnya terumbang-ambinglah ia di lautan.

Sejak menjadi isteri ini, boleh dikira rasanya saya membeli untuk diri sendiri, kebanyakkannya lebih untuk keperluan rumah, kehendak saya ketepikan dahulu, kerana kami baru sahaja bertatih dalam melayari rumahtangga, masih banyak perlu dipelajari.

Eh ini post pasal birthday saya, tapi ini mcm dah melalut kan?

Oklah, tiada apa yang saya impikan untuk hari jadi ini, semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmatNYA buat diri saya dan suami, buat rumahtangga kami, memurahkan rezeki (tidak kisah rezeki apapun, rezeki kerja, belajar, zuriat insyallah), serta mengurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan buat kami suami isteri.

Insyallah Cinta Sampai Syurga Ilahi


Amin2 Ya Rabb..

P/S - Maaf, Post ini tiada kaitan dengan sesiapa, sekadar mengingatkan diri sendiri sahaja

6 comments:

rafaliah said...

salam ziarah n happy bufday..:-)

Putri Qaseh said...

Rafaliah : Wsalam, Thank you :)

ANET said...

happy birthday putri :)

Putri Qaseh said...

Anet : Tenkiu

Reen Tart Nenas said...

ok, tapi saye tetap nak handbag coach, boleh tak? hehehe happy birthday putri. all the best to you :)

Putri Qaseh said...

Reen : Hahaha boleh2, tapi sale coach baru je lepas..Thanks you reen, xmo sedih2 lagi tau, happy2 sokmo..

P/S - Nanti Raya nak tempah tart kamu :)