Click Click

Pages

Wednesday, July 27, 2011

Update Lapuk : Birthday Present

Salam dan hye,

Seperti biasa, saya tidak akan membuat sebarang post baru kalau tiada gambar, makanya jadilah post itu sebagai "update lapuk" hehe

Seperti dalam post saya ini, ulangtahun kelahiran saya.

Ya, saya memang tidak meminta-minta atau terbiasa memanjakan diri sendiri kepada suami untuk penuhi kehendak saya *(ko nak, ko usaha, selagi tak dapat duduk diam-diam)

Sebenarnya bukan saya seorang yang rajin bagi kejutan pada suami saya seperti dalam post ini. suami saya pun bijak memberi kejutan tau, sudah pastilah di usia 27tahun tiada parti besar-besaran dan tiada sambutan hebat, cukup dengan pemberian ikhlas suami buat saya

..

..

..

Dikala saya sedang sibuk menyiapkan lauk ayam padprik kegemaran suami, dia boleh buat dialog ;

B : Syg tolong amik bakul baju kering dalam bilik
S : Bie amik la sendiri, tangan syg bau ayam ni
B : Tolongla, nak angkat baju kering ni
S : hisy iyala

Usai sahaja saya masuk ke bilik kami, maka ternampaklah ini *yang saya idam2kan


Hadiah + Sekuntum rose + Birthday Kad *oh Hubby I Heart you la*

Inilah yang saya nak sangat Oven!


Ya, saya tidak mahu demanding itu-ini, cukuplah dengan oven ini saya akan belajar buat cakes, cupcakes, biscuits. ketika post ini ditulis, saya telah sempat bake "choclate moist" dan "Strawberry cheese cake" semua resipi dari Myresipi.com.
(Jumpa kabel phone saya upload gambar kek insyallah

Itu sahajalah perkongsian saya, till then :)

Tuesday, July 26, 2011

Ice-Cream Stick as Wedding Props

Salam dan Hye gojes-gojes semua,

Ingin berkongsi idea menarik buat bride to be sekalian (Rasa nak mendeko-deko lagi, tapi semua kenalan rapat dah kawin aisey )

Selalu lepas upacara sanding mesti most of the brides and grooms zaman sekarang ada outdoor photoshoot kan?tak lengkap outdoor tanpa sebarang props, kebiasaannya hanya hand flower, lace umbrella menjadi props bukan?
Kenapa tidak cuba idea ini, sangat mudah hanya perlukan batang ice-cream dan printed kadbod (manila kad pun boleh) dan print title block "I'm his Mrs" dan "I'm her Mr" ataupun "He's Mine" dan "She's Mine" cara jugak kan?

Sumber : Etsy
Bride to be yang berminat boleh carik ilham macam-macam sekarang, yang penting kos tidak semahal mana hasil terpahat selalu :)

Sekian dahulu.

Monday, July 25, 2011

Merah itu Love

Salam dan Hye,

Ingin berkongsi sesuatu yang menarik buat b2b semua
(Xsalahkan mantan masih minat dengan lovely ideas ni? ;p)

 
 

 

Sumber : hostessblog

Boleh digunakan sebagai props pre-wedding mahupun post-wedding, mungkin b2b ada lebih banyak masa untuk memikirkan sesuatu yang indah untuk diabadikan dalam majlis kalian.

Semoga bertemu di next entry.

Friday, July 15, 2011

Berbantal-Bantal

Salam dan Hye,

Saya suka trend pelamin sekarang, unik and sangat cantik!

Konsep : Bantal (Kalau banyak berbantal-bantal, eh ye ke?)

Latest Farah AF which nikah hari ini 15 Julai 2011, pelamin dia pun berbantal-bantal (syok!)


Sumber : Oh Bulan

Dan saya sempat men-googling rupanya banyak jugak pelamin konsep bantal ni tak kisah la pelamin nikah atau sanding kan..sangat cantik, gubahan yang mudah hanya perlu diletak tanpa perlu risaukan kedudukannya, even bercampur aduk pun cantik macam gambar di bawah ni


Best !



All Photos Kredit to : google.com


B2B mungkin boleh cuba konsep berbantal-bantal ni.

Nota : Mengantuk terus tengok bantal weee ;p

Monday, July 11, 2011

Apa Ada Pada Warna

Salam dan Hye,

Baru-baru ni YM dengan one of my friend, Suzey yang akan nikah 11.11.2011. Bertuah badan Suzey ni sebab bakal hubby dia adik kepada Arma Couture , so pakaian memang tiada masalah langsung sebab ditaja (Rezeki dia kan)

Me : Suz, warna tema dah ada?
Suzey : Iya sudah, ko jangan terperanjat aku nikah kaler hijau
Me : Nikah hijau?wah jarang org buat
Suzey : iya, tapi aku boleh pakai apa yang orang xambil saja tarikh itu, mau bawak balik Sabah lagi.
Me : Iya la kan, takpa ko cantik pakai apa pun mesti cantik :)

Majlis akan diadakan di Kota Kinabalu (Oh can't wait for her wedding, mesti dia gojes, sbb orangnya cantik)

So berbalik pada isu hijau pucuk pisang semasa nikah, ya saya akui memang jarang orang nikah pakai kaler terang-terang (mungkin nikah kebiasaannya di Masjid dan warna-warna seperti putih, cream, peach, light pink dan segala light colour sudah sinonim dengan nikah)
Tapi apapun bergantung kepada niat kita, warna adalah faktor kecil sahaja.

Saya ada teman di Perak yang nikah mengenakan warna hitam (apa ada pada warna), jadi terpulang pada diri masing-masing.

Pada B2B sekalian, tidak perlu pusing apa yang orang nak kata, Majlis kita biar kita yang merancang.

Sekian dulu :)

Thursday, July 7, 2011

Kejutan yang Tidak Menjadi

Salam dan Hai,


Saya merancang buat kejutan untuk suami (sebenarnya saya ada buat kesalahan sikit dekat suami, gaduh-gaduh manja la katakan, kiranya kejutan ini untuk minta maaf). Kejutannya adalah saya order a bouquet of red roses and delivery to husband office, entah di mana datang idea tiba-tiba saja rasa tak pernah bagi husband bunga.

Saya order via this website kedai kat Ipoh, harga below RM100, kira okayla kot.

Saya membayangkan Abg delivery tu akan datang ke office husband, jumpa receptionist and the receptionist akan panggil suami saya keluar ambil bunga tu, mesti dia terpinga-terpinga sambil malu-malu dengan all the staffs.

Tapi

...
...
...


Hakikat yang terjadi adalah.....

Abg delivery tu sampai ngam-ngam before lunch time my hubby, masa tu hubby dah dekat kereta and boleh pulak dia blocking hubby's car, dan dia pegi kol hubby and hubby pick up phone depan abg delivery tu..So that Dialog yang sepatutnya "Encik Arif ada bunga untuk En. Arif" bertukar "Encik yang dekat kereta kembara tu ke?ada bunga ni untuk encik"

Hampa saya mendengarnya....

Tapi takpela, husband pun gembira dan terharu, dan siap bagitau nasib baik xdapat kat dalam office kalau tak malu bie...

Itulah kisah kejutan yang tak menjadi saya (gara-gara instant planning), mungkin selepas ni boleh buat proper planning, mungkin boleh gunakan kenalan-kenalan di Perak.



Inilah Munge itu, Incik Hubby MMS


Selingan :

Selepas ramai bloggers yang amalkan Virgin Coconut Oil(VCO), dan ramai yang bagi good testimonial, ini yang baru nak mencuba. (Kat Farmasi takde jual ke ek?)
Percubaan Pertama..Order from here
Setakat ini sahaja, jumpa next post insyallah ;)

Tuesday, July 5, 2011

Tema Pre-Wedding : Workplace

Salam dan Hai,

Ingin berkongsi sesuatu yang menarik buat bride to be di luar sana, idea yang ringkas dan menarik untuk yang masih mencari-cari tema pre-wedding. Sebelum ini saya pernah mencoretkan tentang props untuk pre-wedding <post ini>.

Kali ini saya ingin selitkan tema pre-wedding yang diambil berdasarkan profession pasangan,sebagai contoh, kakak Office saya Kak Fida, during her sister wedding, si adik seorang Pramugari dan bakal suami seorang Pilot masing-masing bertugas di Malaysia Airlines (MAS), percintaan di tempat kerja di ambil sebagai tema untuk pre-wedding shoot mereka. Idea yang menarik bukan?


Source : FB Kak Fida

Saya pernah terfikir untuk Pre-wedding di landasan keretapi sambil saya dan suami memakai Safety Helmet Putih dan mengepit drawing (kerana saya dan suami berkenalan semasa masing-masing bertugas di Projek Landasan Berkembar Ipoh-Padang Besar) Fikir punya fikir macam bahaya pula, mesti ada prosedur keselamatan yang perlu diambil kira, karang xpasal2 bangla kat site pun menumpang sama, haru jadinya..

Antara idea-idea menarik boleh dikongsi yang mengambil pekerjaan sebagai tema pre-wedding 

Bakal Suami sebagai chef, dan bakal isteri jurutera (jurutera perisian mungkin)





Photo Source : Here

Atau mungkin juga bakal suami seorang tentera?



Photo Source : Unique Pre-Wedding


Jadi tidak kira apapun kerjaya anda dan pasangan, mungkin idea mengarapkan profesion sebagai tema adalah idea yang sangat unik.

Monday, July 4, 2011

Lima Bulan Sudah

Salam dan hye,

Alhamdulillah bersyukur kepadaNYA, usia perkahwinan kami sudah menginjak ke usia 5 bulan.

Kalau ditanya, dalam tempoh 5 bulan apa yang dipelajari?Oh ya, masih mengadaptasikan diri sebagai isteri kepada suami, masih belajar dalam membuat keputusan perlu dengan izin suami,masih mengenali perangai masing2 luar dan dalam, sedang bersemangat mencuba-cuba resipi baru dan yang paling penting masih BERUSAHA untuk mendapatkan kurniaan zuriat daripadaNYA, insyallah.

5 Bulan yang berlalu sebenarnya agak lama kerana saban hari dihitung menunggu penghijrahan suami ke projek MRT KL (Cepatla announce). Ya, mungkin Ipoh-KL tidak jauh mana, tetapi akan lebih bermakna dan bernilai andainya yang tersayang berada di sisi.

September ini pula, saya tidak akan lagi bekerja kerana akan menyambung pengajian Master saya di bawah tajaan SLAB, semoga segala urusan saya dan suami akan dipermudahkan yang ESA. amin

Korang pulak dalam tempoh 5 Bulan apa yang dah dipelajari?
Ikhsan : Google