Click Click

Pages

Monday, July 4, 2011

Lima Bulan Sudah

Salam dan hye,

Alhamdulillah bersyukur kepadaNYA, usia perkahwinan kami sudah menginjak ke usia 5 bulan.

Kalau ditanya, dalam tempoh 5 bulan apa yang dipelajari?Oh ya, masih mengadaptasikan diri sebagai isteri kepada suami, masih belajar dalam membuat keputusan perlu dengan izin suami,masih mengenali perangai masing2 luar dan dalam, sedang bersemangat mencuba-cuba resipi baru dan yang paling penting masih BERUSAHA untuk mendapatkan kurniaan zuriat daripadaNYA, insyallah.

5 Bulan yang berlalu sebenarnya agak lama kerana saban hari dihitung menunggu penghijrahan suami ke projek MRT KL (Cepatla announce). Ya, mungkin Ipoh-KL tidak jauh mana, tetapi akan lebih bermakna dan bernilai andainya yang tersayang berada di sisi.

September ini pula, saya tidak akan lagi bekerja kerana akan menyambung pengajian Master saya di bawah tajaan SLAB, semoga segala urusan saya dan suami akan dipermudahkan yang ESA. amin

Korang pulak dalam tempoh 5 Bulan apa yang dah dipelajari?
Ikhsan : Google

No comments: