Click Click

Pages

Tuesday, July 5, 2011

Tema Pre-Wedding : Workplace

Salam dan Hai,

Ingin berkongsi sesuatu yang menarik buat bride to be di luar sana, idea yang ringkas dan menarik untuk yang masih mencari-cari tema pre-wedding. Sebelum ini saya pernah mencoretkan tentang props untuk pre-wedding <post ini>.

Kali ini saya ingin selitkan tema pre-wedding yang diambil berdasarkan profession pasangan,sebagai contoh, kakak Office saya Kak Fida, during her sister wedding, si adik seorang Pramugari dan bakal suami seorang Pilot masing-masing bertugas di Malaysia Airlines (MAS), percintaan di tempat kerja di ambil sebagai tema untuk pre-wedding shoot mereka. Idea yang menarik bukan?


Source : FB Kak Fida

Saya pernah terfikir untuk Pre-wedding di landasan keretapi sambil saya dan suami memakai Safety Helmet Putih dan mengepit drawing (kerana saya dan suami berkenalan semasa masing-masing bertugas di Projek Landasan Berkembar Ipoh-Padang Besar) Fikir punya fikir macam bahaya pula, mesti ada prosedur keselamatan yang perlu diambil kira, karang xpasal2 bangla kat site pun menumpang sama, haru jadinya..

Antara idea-idea menarik boleh dikongsi yang mengambil pekerjaan sebagai tema pre-wedding 

Bakal Suami sebagai chef, dan bakal isteri jurutera (jurutera perisian mungkin)





Photo Source : Here

Atau mungkin juga bakal suami seorang tentera?



Photo Source : Unique Pre-Wedding


Jadi tidak kira apapun kerjaya anda dan pasangan, mungkin idea mengarapkan profesion sebagai tema adalah idea yang sangat unik.

No comments: