Click Click

Pages

Tuesday, October 4, 2011

Berita Gembira Buat Mereka

Salam dan hi semua,

Maaf penulisan blog terhenti seketika kerana sibuk dengan persiapan Proposal Master..

Alhamdullilah Proposal diterima, objektif perlu dirombak..Sebulan bergelar pelajar apa yang boleh saya katakan Master by Research sangatttt mencabar dan menuntut kesabaran, ketekunan, disiplin yang tinggi.

Berbalik kepada topik...Bulan September hingga tarikh post ini, terlalu banyak berita gembira daripada rakan-rakan saya baik yang menerima kejutan diri hamil, serta menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.

Pada hemah saya, "Sememangnya rezeki itu aturan Allah S.W.T"
Untuk Berkongsi dengan semua blogger berita gembira tersebut , Rakan saya semasa bekerja di MMC-Gamuda NorFaiza a.k.a Faiz mendapat perkhabaran gembira apabila dirinya disahkan hamil, kuasa dan rahmat ilahi tiada siapa dapat menolaknya, menunggu setahun dan akhirnya hasrat tertunai juga. Saya tumpang gembira buat pasangan ini yang kedua-duanya sahabat yang agak rapat dengan saya semasa di Projek 2T Faiz & Apai.

Menginjak hujung September 28 September 2011 29 Syawal, Mak Buyung dalam "Geng Yakuza" (Gelaran yang kami gunakan di UTM) my BFF Ernie Haryana @ Achik telah selamat melahirkan baby sulungnya Muhd Nuh Athif Bin Muhamad Lutfi. Alhamdulilah Bayi yang sangat comel iras suami achik, apek..(Xpe chik, bibir ikut ko sure laser, barula kelassss kau nuh hihii).Syukur Ibu dan Baby Selamat, dengan berat 2.8 kg. Buat anak angkat Mummy Putri, semoga menjadi anak yang soleh buat mama dan papamu..LOve u sooo much Nuh...XoXo


Dan hari ini 4 Oktober 2011, Rakan Sekuliah di UTM, Aty juga menerima berita dirinya hamil 5 minggu..Saya tumpang gembira dengan berita buat aty dan Ed..Alhamdulilah penantian 11 bulan bermakna.

Buat diri saya, saya masih bersyukur dengan keadaan diri yang masih sihat dan segala rezeki yang Allah kurniakan, masih cukup makan, minum, masih punya tempat tinggal. Mungkin belum tiba masa saya untuk berkongsi kegembiraan disahkan hamil, namun saya percaya segala-galanya tersurat di tangan Ilahi, andai DIA tahu saya dan tubuh sudah bersedia, saya percaya akan ditiupkan roh ke dalam rahim saya insyallah.

Ini saya selitkan photo Muhd Nuh Athif, my BFF son

Comell anak mummy Muaaahhh

P/S : Ada Teman saya berpesan, jangan fikir langsung mesti lekat...mungkin juga kan?