Click Click

Pages

Thursday, November 22, 2012

Rezeki itu Rahsia Allah (Part I)

Salam dan Hai,

Maaf sekali lagi blog memang bersawang sebab tuan blog alami sickness yang agak kuat (morning - afternoon - evening and night ) tapi saya tetap bersyukur di atas pengalaman sangat mahal ini, bahagian masing-masing kan, so enjoy my 1st trimester.

Terima kasih pada yang beri ucapan tahniah, saya sangat bersyukur walau ada terlintas perasaan takut, namun saya tepis jauh-jauh dan mencuba berfikiran sepositif yang mungkin.

Post kali ni saya nak share petua atau tips yang saya amalkan ( saya sudah berkahwin 1 tahun 9 bulan) dan sudah tentu bermacam ikhtiar telah saya lakukan. Saya sedar kita hanya mampu berusaha, berikhtiar selebihnya kuasa Yang Esa menentukan segalanya.

Kandungan saya yang pertama gugur pada 17 April 2012, period saya yang pertama hanya muncul pada 29 Jun 2012 lebih 2 bulan selepas D&C. Kemudian setiap bulan period menjengah tiba sehinggalah last mesntrual saya pada 16 September yang lalu, Alhamdulilah positif setelah seminggu delay.

Dari tempoh selepas D&C saya berpantang makan selama sebulan, berurut 3x, minum ubat periuk, tidak bersejuk. Selepas dari itu saya berazam untuk menumpukan dahulu pengajian Master saya sebelum berusaha kembali untuk zuriat dan dipersetujui suami. Oh ya, research saya memerlukan kerja berat di makmal jadi kerana itu saya berazam untuk menyiapkan semua kerja lab saya sebelum berusaha kembali untuk zuriat (walau di dalam hati agak gusar dikatakan menolak rezeki, namun saya percaya Allah tahu niat ikhlas saya). Dalam tempoh itu juga saya rajinkan berpuasa sunat Rejab, Syaaban, mengaji dan mendekatkan diri pada Allah kerana saya rasakan mungkin sebelum ini saya belum cukup mendekatkan diri padaNYA. Ramadhan saya lalui dengan tenang, walau ada terlintas kenapa belum 'lekat' balik namun saya tetap pada niat asal saya untuk siapkan kerja-kerja berat di makmal.

Pada penghujung ramadhan (selepas 4 bulan gugur), tidak semena-mena hati terbuka untuk gigih berusaha demi zuriat. Suami saya beli susu kambing fresh dari Perak (memandangkan hubby bekerja di sana) dan saya blend susu kambing beserta 4 biji kurma (suami genggam 2 biji dan saya 2 biji) sambil berselawat dan memohon di kurniakan zuriat. 

Syawal mengunjung tiba, walau hati gusar untuk bertemu sanak saudara, namun saya minta padaNYA agar redhakan dan ikhlaskan hati saya. September period masih menjengah tiba dan pada waktu ini memang kecewa sebab saya berada di kampung suami, Jerantut, majlis perkahwinan adik lelaki suami. Sewaktu majlis nikah, entah kenapa saya berasa sayu sangat, mungkin banyak mata memandang diri ini yang masih belum mengandung. Pada waktu ini jugalah hati saya mula berfikir bukan-bukan, andai kata biras baru saya yang baru diijabkabul pregnant dulu mesti makin kecewa saya, namun saya cepat-cepat istighfar kerana yakin rezeki itu rahsia Allah S.W.T.

Percaya atau tidak on the way balik KL saya menangis dalam tidur (Sorok-sorok takut suami perasan) sedih bila ingat balik :(


Okay kita sambung part II pulak ye nanti, saya akan share usaha ke-2 saya. 

Sekian dulu.




Sunday, October 28, 2012

Alhamdulillah..benarlah hikmah Allah

Salam dan Hai,

Salam Aidiladha, macamana dengan perayaan aidiladha semua, saya Alhamdulilah berjalan dengan baik.

Sekadar berkongsi, Andai rezeki bersama saya, kandungan sulung saya dulu sepatutnya lahir pada 8 Oktober 2012.Saya redha dan ikhlas menerima ketentuanNYA apabila gugur pada 17 April yang lalu..dan saya percaya akan hikmah yang Allah sembunyikan.

Dan..pada tanggal 20 Oktober 2012 Allah telah menggantikan kehilangan saya itu dengan ini :


1 UPT on 20th Oct
2nd UPT on 24th Oct 


Alhamdulilah UPT positif (setelah period lewat seminggu, yang mana saya tak expect pun sebab last month pun delay seminggu)Syukur, syukur, syukur...syukur Alhamdulilah tak terhingga.

As my 1st pregnancy, saya pergi ke UMRA Shah Alam, 1st scan still xnmpk lagi mase ni 4 weeks, 2nd visit dah nampak baby sac, hope to see the baby during 6 - 8 weeks insyallah amin.

Terima kasih Ya Allah, kerana memberi peluang sekali lagi untuk merasai kembali nikmatnya hamil.


"Ya Allah kau murahkan rezeki aku dan suamiku untuk memiliki amanahMU dalam rahim ku ini"




Dan sesungguhnya Kami telahmenciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kamijadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang,lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan diamakhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang PalingBaik. : Al-Mukminun :12-14

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur" : Surah An-Nahl Ayat 78


Teman-teman blogger tolong doakan rezeki bersama saya kali ini ya, amin-amin ya rabb.

Kepada rakan-rakan TTC, jangan pernah berhenti berikhtiar, berdoa, berpuasa bersedekah kerana di saat kita rasa kita hampir lelah di situlah Allah lihat usaha kita, saya doakan anda semua..Amin

Sampai jumpa lagi :)








Monday, October 8, 2012

Alhamdulilah

Salam dan Hai,


Blog menyepi hampir 2 purnama, sebab lappy kesayangan rosak masa hari raya, nasib baik under extended warranty sony 3 years..Kalau tak memang nangis (T_T)

Alhamdulilah syukur saya panjatkan pada Yang ESA my husband tercalon untuk calon simpanan Kemeterian Kerja Raya..Harap-harap in a year akan dipanggil, rata-rata teman di JKR beritahu memang dapat tapi kena tunggu. (Harap sgt dapat JKR Kuantan)





Memang rezeki suami saya, baru pertama kali terpilih untuk interview SPA berjaya jadi calon simpanan, walaupun Pegawai SPA argue sebab suami saya sudah berpendapatan selesa di swasta, tapi itu hak masing-masing untuk menjawat jawatan awam kan..Ada yang selesa untuk terus berkhidmat di swasta, tapi ada yang sebaliknya..Menjawat jawatan kerajaan memang impian kami suami isteri..Harap dipermudahkan dan dibuka rezeki buat suami.



Nota Kaki : Kerja mana-mana pun tak kisah, yang penting halal ;)

Monday, August 13, 2012

Ifthar di Wang Solo

Salam dan Hai,

Tinggal kurang dari seminggu untuk kita umat Islam menyambut hari kemenangan setelah penat berpuasa di bulan Ramdhan, spesifiknya lagi 6 hari.

Persiapan raya saya?tahun ini agak ala kadar tidak seperti tahun lepas (First raya as husband an wife, excited kemain ;p ). Namun sudah saya siapkan persiapan untuk diri sendiri dan suami. Baju saya pun kain hadiah dari ibu mertua dan makngah suami saya, saya hanya menempah sahaja. Mungkin Jumaat ini akan sambung last minute shopping untuk pakaian kasual suami serta untuk ibu dan ayah mertua saya.

Tema Kami..?asalnya saya sangat inginkan Peach..tapi "Happy Hour" di Jakel tempoh hari tidak ketemu warna peach, sudahnya biru turqoise, ikut tema baju sedia ada saya -- Jadi tiada baju baru untuk saya. (T_T)

Oh ya, sekadar ingin berkongsi, sabtu lepas 11 Aug, Ifthar bersama adik- beradik saya serta anak-anak buah di Restoran Wang Solo, Sek. 7 Shah Alam.Hasil perbualan dengan teman phD dari Indonesia, Restoran Wang Solo ini rupanya amat terkenal di Indonesia.Tapi, saya sebenarnya adalah kurengg sikit dengan ayam penyet sejak pergi salah sebuah restoran ayam penyet yang mana restorannya ada "Bau" yang kurang menyenangkan, sejak dari itu saya set -- Ayam Penyet tak sedap !

Tapi persepsi itu nyata berubah selepas menikmati hidangan ayam penyet di Wang Solo, rasa asli Indonesia ada di situ. (Bajet pernah pergi Indonesia la kan?)

Tidak silap saya,  selain Sek. 7 Shah Alam, Wang Solo ada juga branch di Bangi, Ampang dan Kg. Baru..Dengan Motonya "Halalan Toyiban", pekerja pun kemas berbaju batik Indonesia.

Ini saya selitkan sekeping gambar saya & suami serta my little nephew.




Semoga bertemu lagi, selamat berpuasa :)



Thursday, August 9, 2012

Iklan Raya

Salam dan Hai,

Semangat raya semakin menghampiri, tapi tuan blog sudah beraya dahulu ;p

Alhamdulilah ramdhan sudah menginjak 10 ramadhan yang terakhir, cepat betul masa berlalu, xsedar dah 20 Ramdhan..Dan saya juga xsedar diri akan memasuki semester ke-III bulan hadapan (tibalah saatnya untuk candidature defence, conference, publish journals, aduhai, kembalilah bersemangat)

Sekadar ingin berkongsi Iklan raya favourite saya, dulu kalau iklan ni keluar TV saya akan pause diri saya daripada apa yang sedang saya lakukan, Wajib tonton, ulang-ulang pun takpe :)


Korang pulak, iklan raya yang mana yang sangat terpahat dalam ingatan gitu?

Sekian dulu, dan selamat berpuasa :)


Saturday, August 4, 2012

Choclate Chips Ala-ala Famos Amos

Salam dan Hai,


Dalam kesibukan komitmen dengan study, saya berjaya juga baked 1st cookies untuk raya tahun ni, volla to my everafter choclate chips (ala-ala famos amos kunun).


Kalau tahun lepas, saya managed untuk baked 3 cookies Tart Nenas (seperti dalam post ini) , choclate chips, and cornflake madu..Tahun ini atas dasar kekangan masa dan waktu yang harus dibahagikan untuk study maka mungkin hanya ini satu sahaja, atau mungkin juga kalau sempat ya, cornflakes madu (sbb cornflake madu sangat senang pembikinannya)..Tart Nenas kegemaran saya terpaksa beli sahaja tahun ini..


Ini resipi asal saya dapat dari Myresipi, saya olah sikit-sikit sahaja :



My very first attempt using instagram huhu

Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan padat gula perang *
  • 1 cawan mentega (~150gm)
  • 1 cawan minyak
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar * (saya pakai lebih untuk effect creamy)
  • 1 sb susu cair * (pun saya tambah untuk ada rasa lemak manis)
  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 sk garam *
  • 1 sk cream of tartar
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
  • 1 sk vanilla extract

Cara-cara

  1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati, masukkan juga tepung sikit-sikit.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
  3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
  4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
  5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
  8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.




Sekian dulu, dan selamat berpuasa semua.

Friday, August 3, 2012

1st Iftar Ramadhan

Salam dan Hai,


Ingin berkongsi, semalam saya, ain dan sue (we all used to be housemates before) masa kerja di Double-tracking project Ipoh-Padang Besar, managed to gather bersama berbuka puasa.


Sebab saya teringin sangat makan Chicken Alfredo, so kami berbuka di Papa John, Setia City Mall yang baru buka di Setia Alam.










Sue, husband & little rayyan sanggup come all the way dari Sg. Buloh, thanks sue xoxo.


So here some photos, memang best sesekali dapat reunite semula macamni.
Little rayyan sangat suka makan the sauce from garlic rasanya, sampai tertonggok-tonggok (Alamak bahasa apa ni?)












Semoga jumpa lagi! dan selamat berpuasa ;)

Wednesday, July 25, 2012

Handbags Storage

Salam dan Hai,

Hari ini saya nak buat perkongsian sedikit tentang penyimpanan handbags.

Handbags saya tak la banyak, tapi cara penyimpanan tu harus sistematik jugak kan.Sejak dari awal lagi saya dah pening mana nak simpan handbags, macam rimas sebab saya biasa gantung dekat tombol pintu atau belakang pintu..Serius serabut mata memandang.

Jadi solusinya, saya beli Multipurpose handbag storage dari Milkadeal Voucher.So far, masalah penyimpanan handbags dah settle, bagi yang koleksi handbags lebih banyak boleh la beli 2,3 multipurpose handbags storage ni.




Before : Sangat Rimas kan, gantung sana-sini-sinun

After : Looks Better

More Closer


Maaf ya, kualiti gambar yang tak seberapa, camera handphone je :)

Sampai jumpa lagi!

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Kareem

Salam dan Hai,

Ramadhan yang mulia sudah menjengah hari ke-5, baru dapat update untuk ucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa buat semua umat islam di seluruh dunia (bajet seluruh dunia bukak blog kuang kuang )


Apapun marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNYA kita semua masih dapat bertemu kembali dengan lembaran ramadhan yang mulia..marilah kita sama-sama melipat gandakan ibadat kita di bulan mulia ini, sama-sama mencukupkan solat wajib 5 waktu, berterawih (tak dapat ke surau, buat di rumah memadai) dan khatam Al-quran.


Dan oh ya, bagi para isteri-isteri tu, apakata bulan ramadhan ini kita cuba untuk tidak membazir membeli di bazaar, apa kata kita masak setiap hari di rumah?Jimat pun jimat..tapi sesekali takde salahnya kan..kalau dah teringin kambing panggang dah satu hal pulak nk memanggang kambing, solusinya adalah membeli di bazaar ye dak?


Ramadhan pertama saya menyambutnya di rumah mentua di Kuantan, ramadhan ke-2 di kediaman kami, dan ramadhan ke-3 di rumah family saya di Klang..dan semalam ramadhan ke-4 berbuka berdua bersama housemate ain, terawih sendirian di rumah (Berjauhan dengan suami memang menuntut kesabaran tahap maksima), saya berjaya untuk tidak ke bazaar apabila berbuka di kediaman sendiri.


Menu saya semalam Patin (import kuantan) masak tempoyak, sambal hitam pahang , sawi goreng. Hari ini plan nak masak ikan kembung 3 rasa, insyallah, sbb stok ikan kembung banyak sgt.





Courtesy : Google (hihihi gamba lupe ambik semalam)
 Okay semoga jumpa pada next entry.






Monday, July 16, 2012

Reason of Hiatus

Salam dan Hai,


Sejak kebelakangan ni kurang berblog,(blogwalking pun dah jarang T_T), FB pun temporary shut down, Twitter pun kadang-kadang.


My Best friend sekarang ni hanyalah ini :







Results + Analisis = DropBox




Thanks to the technologies sekarang, duduk dalam kereta pun boleh membace + citing journal. (My special thanks to dropbox & Mendeley)


Just Likee Me ...


Memang ada orang masih boleh maintain social life as usual, tapi saya berbeza sikit, bukan bermaksud terus shut-down semuanya, tapi saya terpaksa kurangkan, ye kurangkan ber-blog, -FB, -twitter.


 To all my friends out there, deeply sorry,  especially my BFF (geng2 yakuza sekalian, sampai waktu aku akan jadi kepochi balik, tunggu  X_X)


Anyhow, pray for my success to complete my study and research ye. Aminn

Sunday, June 17, 2012

17 Jun 2012 : Hari Ayah Sedunia

Salam dan Hai,

Jika hari ibu yang lalu saya berkongsi lirik dan lagu Jasa Bonda, kali ini Lagu yang sungguh menyentuh hati mana-mana anak, Di Pondok Kecil

Di suatu hari
Ayah berkata jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh
Ku merayu pada ayah
Jangan tinggalkan kami
Kerana kami sayangkan ayah
Ayahku pergi berjuang
Demi cinta yang murni
Menegak kebenaran
Di muka Bumi
Berlakunya kisah di pondok kecil

Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Di suatu hari
Ayah berkata jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah
Dahinya ku cium
Airmata mengalir
Hatiku pilu
Diam-diamlah sayang
Jangan menangis
Doakan ayah semoga sejahtera
Diam adikku sayang
Jangan menangis
Walaupun ayah gugur
Pastinya dia syahid

Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah

Duhai adikku sayang
Jangan bersedih
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Belajar berusaha walau di mana jua
Pada-Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Ku iringi doa rahmati dia
Tempatkanlah ayahku bersama kekasih-Mu



Al-Fatihah

Abah & Emak
Semoga kalian aman di sana

Sunday, June 10, 2012

Free Getaway to Gold Coast Morib


Salam dan Hai,


Teman-teman blog, jom like..A free getaway to Gold Coast Morib by click like to this page Like Sini!


Lepas like, just sign up, mana tau, ade rezeki untuk next honeymoon kan?Thank you for liking :)


Wednesday, June 6, 2012

Aku Terima Nikahnya..Yang Tersirat?

Salam dan Hai,


Ingin berkongsi suatu petikan yang menarik yang saya terbaca di FB..Tersentuh hati saya membacanya..sungguh berat tanggungjawab suami, jadi kita isteri-isteri usahlah menambah beban tanggungan mereka, sama-samalah menjadi isteri yang solehah, semoga rumahtangga kita diberkati Allah hendaknya..Amin


Pernikahan adalah suatu perkara yang dituntut dalam Islam, suatu ikatan yang menghalalkan segala yang haram, jangan dipandangan enteng urusan pernikahan ini, bukan untuk kehidupan sementara di dunia sahaja, hingga ke akhirat kelak insyallah..


Memetik petikan dalam post tersebut :


Aku nikahkan Dikau …… dengan anak ku ….. 

“Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM….”

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.” 





Sampai jumpa lagi .

Monday, June 4, 2012

Yellow Mustard Kecintaanku

Salam dan Hai,


Bersua kita di edisi June..fuhhh actually saya tengah carik mood siapkan report untuk candidature defence by 15th June kena submit..overall progress in the report I can say 50 ~ 60 %..put aside laboratory works, dan paper publication just focus until to-date punya progress sahaja..saya kalau stress akan rasa nak window shopping, online shopping..baru mood tu boleh kembali ;p


Lately ni sangat-sangat teruja dengan colour yellow mustard kalau dibm kan kuning sawi..?agak weird so lagi senang faham "yellow mustard'.


Saya telah terrr-beli from poplook kaftan dress untuk raya..suddenly bosan-bosan terr-tarikk pulak dengan piping kaftan top-mustard poppy ni..so terr-paksa la tema raya tahun ni yellow mustard kan?Kalau hubby tak mau baju melayu baru leh pakai baju melayu nikah je, tapi in cream colour la..boleh la tu masuk dengan yellow mustard ye dak?


courtesy from here : poplook
So lepas ni kena buat pencarian kain pulak dekat jakel , saya prefer plain mustard with polkadot in grey / light brown.


Dan saya terajin buat pencarian tema perkahwinan in yellow mustard, ohh sangat teruja, sangat ekslusif rupanya kaler ini kalau dibuat warna tema perkahwinan..so pada B2B kat luar tu semua pleasee try this colour, memang cantik dan menarik, its more to brown -- yellow -- gold colour...












Till then !







Wednesday, May 23, 2012

Wedding Attended : K.Masz & Abg Fauzi

Salam dan Hai,


Ingin berkongsi, saya menghabiskan weekend saya yang lepas di negeri tempat pertemuan saya dan suami, Perak. Bandar Ipoh menjadi saksi cinta kami (hihi agak poyo statement).


19th May yang lepas saya sempat menghadiri majlis perkahwinan kakak serumah masa bekerja di Perak dulu. Kak Masz n her husband Abg. Fauzi majlis di Kuala Kangsar Perak. Memang sangat best bila dapat reunion kembali dengan kakak dan adik2 serumah dulu, rasa macam memori tu datang balik.


Sekarang masing-masing dengan life sendiri; Kak Na & Husband bahagia dengan kehadiran Hadif Haiqal , Dayah & Suhardi bahagia meniti kehidupan as husband & wife, sue & fie dengan keletah Suffi Rayyan yang makin nakalnye (baru 2 tahun dah pandai cakap "Serabuttlah" hehehe), Yani yang baru kahwin bulan January tengah pregnant 5 bulan ++ (bunting pelamin adik akak ni kan), tiga lagi adik beradik kami tak dapat hadirkan diri Ain, Kema & K.Asz.


Oh memang sangat indah kenangan bekerja di Perak dengan kehadiran teman-teman suka dan duka. 


Kepada K.Mas tersayang, put doakan ikatan perkahwinan k.mas akan kekal hingga ke syugra ilahi dan diserikan dengan kehadiran zuriat-zuriat yang soleh dan solehah..Aminn























Till Then.


Thursday, May 17, 2012

Sebulan




Hari ini 17/5/2012 sudah genap sebulan saya keguguran anak pertama kami.
Al-fatihah buatmu sayang
Tunggu Mama dan Papa di pintu syurga sayang.




"Ingatlah , ketika kau tidak punya siapa-siapa selain Allah, Allah itu adalah lebih dari cukup"

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday






Hubby's niece Dania Amani Bt Amir Azwan.. Miss you dania xoxo, tunggu makngah balik Kuantan ye sayang,,

Sunday, May 13, 2012

Sempena Hari Ibu..Hayatilah

Salam dan hai,

Renungan buat teman-teman blogger tersayang yang masih punya ibu, yang sudah bergelar ibu..

JASA BONDA
 
Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda


Al-Fatihah 
Bonda dan ayahanda tercinta  
Hajjah Saemah Binti Hj SaetHaji Fakhrurazi Bin Hj Anuari

Friday, May 4, 2012

Majlis Hitam-Putih

Salam dan Hai,

Sudah lama kiranya saya tidak post idea untuk majlis perkahwinan.Terjumpa ini di sini

Di Malaysia khususnya orang kita amat jarang sekali menggunakan hitam terutamanya dalam majlis mereka kerana hitam kebiasaannya dikaitkan dengan berkabung atas kematian, namun selepas melihat pada gambar-gambar ini pasti kita semua berubah fikiran.Sangat-sangatla elegan dan klasik penggunaan warna hitam-putih.

So pada B2B semua tak salah mencuba kan, Majlis anda pasti orang ingati kerana keunikannya dan style tersendiri !

Candy Buffet, Suke!
 

 




 


So apa tunggu lagi, do the best for your own event.

Sampai jumpa lagi, bye!






Tuesday, May 1, 2012

Keguguran : Rezeki Tidak Bersama Kami

Salam dan Hai semua,


Berbangkit pada post <berita gembira yang belum pasti>

Sudah ketentuan-NYA, kehendak-NYA, qada dan qadar-NYA rezeki tidak memihak kepada saya.

Redha...Sabar..dan Ikhlas saya menerima ujian Allah ini..meski berat namun saya tidak mampu menolak kehendak takdir ilahi.


Lewat malam 16 April yang lalu, saya bleeding macam darah period, saya menangis patutla seharian perut saya cramp.Malam itu juga hubby balik dari Perak.

Awal pagi 17 April terus ke Klinik Kesihata Bukit Kuda Klang, saya bagitau dekat staff nurse saya bleeding, staff nurse tu buat muka terkejut dan simpati, tapi saya gagahkan diri masa ni saya dah rasa kesakitan yang mencucuk-cucuk.Sebab emergency case, saya terus dibawa jumpa doctor dan doktor tu scan xnampak apa-apa lagi.Saya agak pelik sebab saya bleeding darah sahaja belum keluar sebarang tisu atau ketulan.Saya direfer ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Keadaan saya masa tu sudah redhakan segalanya.

Dekat Hospital saya sempat pergi lunch dulu dengan hubby sebab kesian hubby xmakan apa dari pagi dan saya terus refer ke Unit Penerimaan Ibu Bersalin, masuk-masuk saya bagitau saya bleeding, staff nurse suruh tukar baju, lepas tunggu few minutes <actually agak lama saya menahan sakit, sakitt sangat (T_T) >

Staff Nurse panggil masuk bilik doc scan, doc tunjuk kantung baby yang dah mula 'ruptured' dan baby terlalu kecik tak develop dan akan gugur bila-bila masa. Doktor pandang saya, saya hanya tenang mendengar mungkin sebab dah puas menangis malam tadi . Kemudian Doc nak tengok rahim guna alat apa saya tak tahu, tapi yang nyata sakittt..Lepas selesai, saya tanya doc untuk D&C procedure, tapi she refused suruh tunggu 2 minggu untuk D&C.Ha??2 minggu, saya dah xtahan sakit ni, kalau dah takde saya memang ready untuk D&C.


Lepas bincang dengan hubby, we decide untuk refer ke Umra tempat saya selalu checkup, and lepas kol Umra bagitau sekian-sekian, the lady bagitau Doc Raffi ada pukul 6.30p.m. So 6.30 tepat dah sampai dekat Umra,tak ramai orang pun, xdapat jumpa Dr. Raffi pun, dia ada emergency dekat ward, so jumpa Dr. Ummu dia scan dan bagitau kena D&C cepat sebab kantung dah sangat besar 15 weeks. Dia masukkan ubat through vagina, again sakitt tapi saya bersyukur akan pengalaman yang mahal ini.

Saya direfer ke ward dan akan di D&C pukul 9 malam, tapi 10 malam baru masuk operation room. Saya dibius memang tak sedar, saya tersedar pukul 1 pagi itupun mamai-mamai dan tengok hubby tanya dia ambik tak janin yang dah gugur tu, hubby tunjuk dalam balang, saya pandang dan terus terlelap sampai pagi besoknya.

Apapun saya redha dan terima segalanya dengan ikhlas, dan saya bersyukur Allah beri saya rasa semua ini.Saya yakin akan hikmah yang Allah cuba sembunyikan.

Semoga saya terus tabah melayari kehidupan yang banyak pasang surutnya ini, dan dikurniakan rezeki untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu kelak aamiin insyallah :)


Muka Pasrah tunggu masuk operation room


Salam kasih sayang.