Click Click

Pages

Saturday, April 14, 2012

Voucher Bean Bag

Salam dan Hai,

Kawan-kawan, saya memang dah lama suka dengan bean bag ni, selalu tengok price mahal, so nampak voucher ni terus beli, hubby bagi so xkisah la kan.

Saya order warna merah, sebab sofa dan dekorasi rumah saya kebanyakannya dark red/ maroon. Tapi belum redeem lagi voucher 14 April baru boleh, delivery free for Klang Valley area, tapi deal ni dah tamat.



Sesiapa yang berminat dengan hobi menghabiskan duit macam saya ni, boleh pergi ke website Milkadeal. Tapi kadang-kadang berbaloi sebab kita jimatkan duiat daripada actual price dia.

See ya!

Thursday, April 12, 2012

First Anniversary : Honeymoon Langkawi

Salam dan Hai,

Aduhai memang super duper basi la, honeymoon bulan feb dah bulan April baru nak update..Sorry ye

From 3rd - 6th February yang lepas, saya dan husband bercuti sempena ulangtahun pertama kami di Pulau Langkawi. Ini honeymoon kedua kami selepas yang pertama (Lepas kahwin hari tu) dekat Kota Kinabalu Sabah <post>.

Memang dah lama bercadang nak ke Pulau Lagenda ni sebab my husband tak pernah pergi, pity him kan, ye la dulu dia duduk asrama since form 1 until la university stay away from family, vacation memang dia takde. For me, memang dah pernah pergi dengan family dulu-dulu masa sekolah.

I booked Awana Porto Malai from Mydeal punya voucher, sangat-sangat la murahnya package include :
50% OFF 3D2N Stay in Garden View Room + Daily Breakfasts + RM68 Dining Credit OR
Island Hopping for 2 (Valid for Weekends, School Holidays & Public Holidays) @ Awana
Porto Malai Langkawi for only RM388 nett instead of RM784!

Ada lagi, I managed to get Sea view room sebab masa check in bilik garden view tengah kemas huhu.

Awana porto punya bilik just so-so sebab mungkin hotel ni dah lama, tapi view memang terbaik, sunrise can view from our room, breakfast memang superb banyak choice siap boleh makan tepi laut..

Instead of Dinner, kami choose Island Hopping pergi 3 pulau : Dayang Bunting, Beras Basah lagi satu tak tau tapi bagi helang makan.Tasik dayang Bunting paling best sebab saya berjaya ajak husband mandi dalam tasik tapi kena sewa life jacket la, sambil mandi tu minum air sambil niat dipercepatkan kami dapat zuriat. (Sebenarnya waktu ni tak tau yang saya sebenarnya dah "berisi", dalam 3 minggu macam tu, yang saya perasaan masa terhentak-hentak dalam bot perut saya sangat sakit )

Lain-lain tempat yang kitorang pergi as usual, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Padang Mat Sirat, Pantai Cenang, Langkawi Cable Car, Under waterworld Langkawi (Tiket Mahal tapi dalam xbest pun),Muzium Padi, ( Sebab nak habiskan masa), Pekan Kuah (Shopping) and Dataran Lang.

Kitorang stay langkawi 4 Hari 3 malam, malam terakhir tido di Pekan Kuah (Hotel Langkasuka), jadi saya siap boleh bandingkan dan tau kedai mana yang coklat murah , kedai mana yang rokok murah (Husband suka ceit!), T-shirt murah dekat mana huhu.

Sepanjang kat Langkawi apa yang saya rasa adalah CEPAT LAPAR dan LETIH.(Itu petanda saya pregnant, tapi saya xtau ingat letih dan lapar sebab sana panas).Apapun memang enjoy sangat-sangat, tak puas dah cakap dengan hubby nanti pergi lagi with family :)

Ehh banyak sangat dah ni bercerita, Enjoy the photos okay :) 

Pantai Cenang, Motif Pengantin Baru kunun ;p

Muke puas dapat makan dengan banyakk (Pantai Cenang)

Tasik Dayang Bunting (kami yang kebasahan sebab mandi tasik)

Pulau Beras Basah, Pasir dan pantai yang sungguh cantik

View from our's room (Sorry gambar gelap)

Langkawi Cable Car

Puncak Cable Car Nampak Seluruh Langkawi tau !

Underwater World Langkawi (X berape best!)

Dataran Lang (Mase ni nak balik dah sobss)
 




Kosong




Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong 

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

 



Real Man


Terjumpa ini di FB kawan saya, just for sharing.

".... Any guy can make a baby,
But it takes a REAL MAN to stay and raise it...."