Click Click

Pages

Tuesday, February 19, 2013

22 weeks..Jantina jadi teka-teki

Salam dan Hai,

Syukur ke hadrat ilahi, usia amanah Allah yang saya kandungkan kini 22 weeks lagi 2 weeks genap 6 bulan.

Gender baby masih berteka teki, suami sudah tahap tak sabar nak tahu, ramai orang sekeliling jadi pak nujum / mak bidan meneka jantina, saya sendiri tak pasti jantina baby, tapi nak share serba sedikit apa yang saya rasa dengan ciri-ciri kandungan perempuan atau lelaki, saya dapat info dari sini


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur 
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur
** Tulisan biru adalah yang saya alami sepanjang kehamilan **

So, nampak lebih ke arah boy or girl? macam seimbang kan? pasal posisi tidur tu serius saya tak tau saya menghadap utara or selatan hehe.. Apapun just terima rezeki pemberian Allah SWT ni cukup sifat sihat sempurna dah syukur sangat.

Sekian dulu, bila dah tahu jantina baby insyallah saya akan update soon ;)

Thursday, February 7, 2013

Happy 2nd Anniversary

Salam dan Hai,

4th Februari 2011 -- 4th Februari 2013

Genap 2 Tahun Perkahwinan Kami, Alhamdullilah

Tiada apa dapat diucap, hanya syukur kerana alam rumahtangga bersama suami tercinta amat membahagiakan, walau kami masih PJJ.

Tiada sambutan istimewa, tiada percutian istimewa

Habiskan masa berdua (bertiga include baby ;p ) cukup bagi saya, amat membahagiakan.

Saya seperti biasa, masih mengekalkan suprise buat sang suami, tiada apa yang istimewa pun, sekadar set wallet (sbb hubby ada ckp wallet dia koyak) huhu

Buat pelengkap tulang rusukku, suamiku, ayah buat zuriat yang bakal dilahirkan, Terima kasih atas segala kebahagiaan dan kecintaan ini, moga terus mekar hingga ke Jannah.Amin




Sekian.

Wednesday, February 6, 2013

Rezeki itu Rahsia Allah (Part II)



Salam dan Hai,

Ya Allah hampir 3 bulan blog ni bersawang..kesian betul..sorry ya, niat nak menulis ada, mood aje ke laut, tapi saya masih tetap teruskan aktiviti blogwalking ;)

Pada waktu entri ini ditulis, amanah Allah yang saya kandungkan telah menjangkau usia 20 minggu  4 hari, syukur alhamdulilah..




Berbalik kepada entri yang lepas <Post Ini> Untuk entri ini saya akan berkongsi usaha ke-dua saya sebelum disahkan pregnant, selepas berusaha minum susu kambing dan kurma, saya sempat sekali period (1st cycle), dan alhamdulilah bulan berikutnya UPT turns out positif..syukur alhamdulilah..

Selepas period terakhir (sept 2012), saya terdetik untuk beli Lumiglow daripada laman web ini <senanghamil>, anda boleh baca maklumat lanjut tentang lumiglow ya. mungkin ada yang rasa saya begitu terdesak?maaf bukan terdesak, kalau terdesak mungkin lepas gugur on April saya terus mulakan semua ikhtiar-ikhtiar ini, tapi saya memilih untuk berehat dahulu, setelah 5 bulan berehat, Allah kembalikan semangat saya untuk berikhtiar semula, dan itulah janjiNYA, setiap usaha, setiap ikhtiar pasti akan dibalas ganjaran. Ya, segala usaha dan ikhtiar saya tak mungkin berhasil jika tidak mendapat keredhaanNYA.

Saya tidak mengatakan saya berjaya hamil dengan minum susu kambing dan kurma atau menyapu lumiglow di sekitar rahim, semuanya atas kehendakNYA, sudah sampai masa dan rezeki saya, alhamdullilah.

Buat teman-teman blogger, teman-teman TTC saya amat mengerti bagi semua yang telah menanti lebih dari setahun atau lebih, keinginan memiliki zuriat itu sangat tinggi, apetah lagi jika lihat saudara terdekat, teman rapat yang baru kahwin ‘lekat’ dulu. Saya rasakan semua kepedihan dan kesedihan itu, namun percayalah Allah itu maha mendengar, maha mengasihani, jangan pernah berhenti berikhtiar, usaha sehabis daya yang mungkin selagi tidak memudaratkan tubuh badan dan selagi tidak bertentang dengan syariat Islam.


Insyallah. Hasbi Rabbi Jallallah,cukuplah Allah bagiku.

“Ingatlah, ketika kita tak punya sesiapa selain Allah, Allah itu lebih dari cukup”.

Sekian.