Click Click

Pages

Tuesday, February 19, 2013

22 weeks..Jantina jadi teka-teki

Salam dan Hai,

Syukur ke hadrat ilahi, usia amanah Allah yang saya kandungkan kini 22 weeks lagi 2 weeks genap 6 bulan.

Gender baby masih berteka teki, suami sudah tahap tak sabar nak tahu, ramai orang sekeliling jadi pak nujum / mak bidan meneka jantina, saya sendiri tak pasti jantina baby, tapi nak share serba sedikit apa yang saya rasa dengan ciri-ciri kandungan perempuan atau lelaki, saya dapat info dari sini


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur 
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur
** Tulisan biru adalah yang saya alami sepanjang kehamilan **

So, nampak lebih ke arah boy or girl? macam seimbang kan? pasal posisi tidur tu serius saya tak tau saya menghadap utara or selatan hehe.. Apapun just terima rezeki pemberian Allah SWT ni cukup sifat sihat sempurna dah syukur sangat.

Sekian dulu, bila dah tahu jantina baby insyallah saya akan update soon ;)

3 comments:

pelangi chenta said...

sy pun xkisah jantina apa.yang penting sihat, ibu dan anak selamat

dee_591984 said...

hehhee..
scan je gender baby, senang
nak prepare barang baby pun senang
tapi, aku tak tengok perut ko lg, jadi tak boleh nak teka
apa2, tak kisah, janji selamat, sehat & sempurna zahir & batin

Putri Qaseh said...

Pelangi chenta : Itulah kan..yg pnting biar dua2 slmt syukur alhamdulilah..
Dee : Scan xnmpk dee..tunggu 7 bln nti wt 3D..perut aku beso sgt smpi rmi tnye kembar ke hehe...