Click Click

Pages

Sunday, May 26, 2013

Kencing kotor sewaktu hamil

Salam dan Hai,

Alhamdulillah..Sembilan bulan sudah usia kandungan ini..macam tak percaya mampu harungi sembilan bulan yang indah ini sendiri tapi suami di sisi, itulah kekuatan luar biasa seorang ibu mengandung..memang di awalnya rasa agak susah kerana saya alami alahan yang agak lama sehingga 4 bulan lebih usia kandungan..Muntah sorang2, gosok la blkg bdn sendiri, selalu saya ckp dengan baby, "please kuat demi mama sayang,kita sama-sama kena kuat papa jauh". Alhamdulilah, Alhamdullilah si kecil mendengar, segalanya dipermudahkan berkat kesabaran :)

Saya ingin berkongsi sejak kandungan 8 bulan, saya hadapi sindrom kencing kotor, mungkin berpunca dari keputihan yang saya alami masa kandungan 5 bulan, wallahualam Allah SWT lebih mengetahui.

Dan ketika ini kandungan 9 bulan, kencing saya masih kotor, sedihnya jiwa, apa yang perlu saya buat, minum air kosong sudah, minum air barli sudah, makan ubat pun sudah, Allah tolonglalh hambamu ini :(

Ini sedikit perkongsian yang saya perolehi daripada blog Dr. Zubaidi tentang kencing kotor atau bahasa medicalnya "Urine Tract Infection (UTI)" .

Bahaya Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil

13/12/2010
By drzubaidi

Pada hari itu, Pusat Kesihatan Ibu dan Anak yang merawat dan menyaring ibu yang hamil bermasalah, penuh. Dari tempat parking kereta, ruang menunggu, ruang farmasi sehingga ke toilet, semuanya penuh sesak.

Para ibu beratur di pintu toilet menunggu giliran mereka untuk kencing dalam bekas urine container. Air kencing kemudiannya di hantar ke makmal kecil untuk pemeriksaan sebelum dipanggil oleh doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
Apa pasal doktor ni menyusahkan kita? Kalau tak periksa air kencing, tak boleh ke? Ini nak masuk toilet pun beratur macam anak itik” rungut seorang ibu muda.
Alah ikut je lah arahan doktor…”
Saya bukannya ada kencing kotor. Kalau tak sakit, tak payah lah periksa kencing!” Suara wanita itu menegakkan hujahnya.

Kencing kotor’

Menyusahkan. Itulah kata-kata kekecewaan yang diluahkan. Namun penggunaan perkataan yang amat pedas ini tidak menepati makna perkataan itu sendiri.
Menyusahkan” hanya untuk suatu perbuatan yang tidak perlu tetapi diadakan untuk merumitkan keadaan. Sebagai contoh jika seorang lelaki atau wanita yang mahu berkahwin, mereka harus menjalani ujian HIV. Ianya perlu untuk mecegah penyakit itu merebak pada pasangan mereka.Namun jika mereka perlu menjalani ’kursus menurunkan berat badan’ untuk meningkatkan stamina sebelum kahwin, maka ia menyusahkan.
Jadi adakah pemeriksaan air kencing bagi wanita hamil pada setiap pemeriksaan berkala adalah suatu yang tidak perlu? Membazir, malah menyusahkan?
Agaknya kalau ditanya pada ibu-ibu yang hamil atau wanita yang mempunyai anak lima tentang ’kencing kotor’, pasti mereka tidak pasti apa sebenarnya keadaan itu.
Adakah kencing kotor bermakna air kencing mereka tidak jernih, berkeladak dan bersampah sarap? Oh tidak …
Urinary Tract Infection (UTI) atau Jangkitan Kuman di Saluran Kencing, atau lebih mudah dikenali sebagai penyakit ‘kencing kotor’ adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh) .
Doktor, kenapa saya selalu dapat kencing kotor?” Tanya seorang wanita kepada saya.
Kencing kotor ini merbahaya ke? Sampai boleh kena sakit buah pinggang?” bertalu-talu soalan ditanya sebelum saya sempat menjawab.

Kuman dari lubang jubur


Kencing kotor adalah jangkitan yang biasa berlaku terutama  di kalangan wanita yang berumur antara 20-50 tahun. Selalunya kuman berasal dari kulit dubur , faraj atau lubang dubur (anus).
Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabilaberlaku jangkitan kuman, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.
Oleh itu para wanita diminta berhati-hati bila membersihkan kemaluan selepas membuang air kecil atau besar. Punca yang biasa di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang (anus) ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari anus atau faraj memasuki uretra.
Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing. Oleh itu saya selalu menyarankan agar selepas berjima’ haruslah membuang air kecil. Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

Kencing rasa terbakar


Setiap orang mempunyai simptom yang berbeza. Seorang wanita mengadu rasa ‘terbakar’ ketika sedang kencing. Pengecutan pundi kencing yang mengalami radang ketika menolak air kencing ke luar menyebabkan rasa sakit.
Ada pesakit yang mengadu mengalami tanda-tanda kerap kencing, atau rasa tidak puas kencing. Baru saja keluar dari bilik air, sudah rasa mahu kencing semula. Ini disebabkan pundi yang radang amat sensitif. Walaupun volume air kencing sedikit, namun pundi kencing akan berasa seolah-olah telah penuh. Lalu akan merangsang otak supaya merasakan untuk kencing semula.
Ada yang mengadu air kencing mereka mengandungi darah. Air kencing mereka menjadi kemerah-merahan. Ini dapat dipastikan dengan ujian pemeriksaan air kencing di bawah mikroskop.
Saya merasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen, terutama ketika melakukan hubungan seks”.
Itu adalah tanda-tanda kuman telah ke bahagian yang lebih dalam di bahagian pelvik akibat jangkitan kuman yang tidak dirawat.
Malah ada yang mengalami demam yang tinggi. Suhu badannya sekejap tinggi dan sekejap reda. Pesakit mengalami seram sejuk.
Namun ada juga pesakit tidak menyedari dia mengalami ‘kencing kotor’. Bagi wanita yang tidak hamil, ianya mudah dirawati. Namun bagi wanita hamil, ‘kencing kotor’ yang tidak dikesan dan dirawat boleh merebak ke ginjal dan menyebabkan kerosakan uah pinggang/ginjal.
Oleh itu di Malaysia, setiap wanita hamil perlu menjadi pemeriksaan air kencing untuk mengesan masalah ini walaupun mereka tidak merasa sakit ketika sedang kencing, atau berasa kerap mahu kencing. Ini adalah suatu strategi pencegahan awal untuk mengelakkan komplikasi ketika hamil.

Mengapa wanita hamil mudah mendapat ‘kencing kotor’?


Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding dengan lelaki kerana  wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus. (urethraadalah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar).
Wanita yang hamil pula lebih mudah menghadapi jangkitan kuman berbanding degan wanita yang tidak hamil. Selain dari urethra yang pendek, ini disebabkan perubahan hormon  dalam wanita yang hamil.
Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan punding kencing bertambah lemah, seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkakan pengaliran air kencing.
Pada masa yang sama, rahem juga membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak.
Malah air kencing wanita yang hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula, (akibat perubahan hormon) seterusnya menyebabkan kuman bakteria mudah untuk membiak.
EPP
Disebabkan faktor-faktor ini, wanita yang hamil mudah dijangkiti ’kencing kotor’. Komplikasi kepada masalah ini ialah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakanpyelonephritis). Ia adalah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman itu boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.
Bayi yang dikandung juga mengalami kesan yang teruk jika ibu yang hamil mengalami komplikasi ini. Antaranya ialah risiko kelahiran awal (preterm labor) dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.
Oleh itu sekali lagi saya mengingatkan para ibu yang hamil supaya bersabar dengan arahan doctor dan menjalani pemeriksaan air kencing walaupun tidak mengalami masalah dengan air kencing dan kelihatan sihat.


Perlukah rawatan susulan ?

Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.
Makanlah sehingga habis ubat antibiotic yang diberikan, selalunya untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perutnya sudah berkurangan. Minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing (flush out the bladder).
Apabila sudah tamat, buatlah pemeriksaan semula air kencing bagi memastikan tiada lagi jangkitan kuman. Jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan kuman, doktor akan memberikan antibiotic yang lain. Jika ianya bertambah parah (pesakit mendapat demam yang tinggi dan menggigil) pemeriksaan lanjut harus dilakukan di hospital


Bagaimana mencegah ‘kencing kotor’ ?

Jika wanita yang tidak hamil atau mengalami tanda-tanda awal ’kencing kotor’ seperti kerap kencing, rasa sakit ketika sedang kencing atau tidak selesa di bahagian bawah abdomen, bolehlah mencuba tips berikut.
1. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
Jika berkesempatan ke farmasi, dapatkan beberapa ungkusan URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium bcarbonate 1.76g,  dan mempunyai perasa lemon.
Namun jika ianya berlangsung selama 3 hari atau air kencing kelihatan berdarah atau demam yang teruk, pesakit dinasihat agar terus berjumpa doktor.
Bagi wanita yang hamil, dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Jangan membuang masa mencuba tips di atas kerana bagi wanita hamil, ’kencing kotor’ mudah merebak ke buah pinggang.
2. Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
3. Terus buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan membuang kencing, akan  mengalakkan pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.
4. Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuang kencing, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
5. Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat atau diperbuat dari nilon.
6. Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan bersama suami. Namun saya menasihatkan agarbuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
7. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor.
8. Kurangkan makan makanan yang manis, atau minum air yang mengandungi caffeine.
9. Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 – 500 mg), Beta-carotene (25,000 – 50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah.
Sesungguhnya usaha mencegah itu lebih baik dan mudah dari usaha merawat.
Wallahu a’lam.
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (131210)

Friday, May 24, 2013

Tingginya Tawakal Seorang Bayi

Salam dan Hai,

Sebenarnya sudah lama saya terbaca ini di facebook, baru kali ni dapat berkongsi dengan pembaca semua.


Besarnya kuasa Allah, bayi masih dalam kantungnya bersama air ketuban

Foto di atas menunjukkan bayi yg baru saja lahir berserta kantung air ketuban yg masih dlm keadaan baik. Gambar ini berbicara supaya kita semua berfikir bagaimana Allah menjadikan lendiran2 ini sbg wakil (asbab-pelindung) kpd seorang bayi tatkala ia berada di dlm kandungan ibunya, di saat dia tidak punya siapa2 melainkan Allah.

Seorang ulama pernah menyebut:

Tawakkal seorang bayi sangat tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kpd Allah, bayi tdk mampu berbuat apa2 dan menyerahkan takdir sepenuhnya utk diperlakukan seperti apa, utk dibuang, digugurkan, dibunuh dan sebagainya. Tapi Allah Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya".

Foto yg cukup menngagumkan, dan membuatkan kita terfikir akan keajaiban ciptaan & kuasa Allah.

(Sumber : www.facebook.com)



Thursday, May 23, 2013

Ujian Allah : Uri ke bawah

Salam dan hai,

Menginjak usia kandungan nak masuk 9 bulan ni, saya nak berkongsi sesuatu yang saya hadapi since 28week hari tu..Doc klinik kesihatan (KK) scan masa 28w bagitau saya yang hujung uri/ekor uri slightly ke bawah, dia tulis low lying placenta, masa tu saya sangat sedih, tapi dia inform belum boleh dikategorikan placenta previa sebab tak touch O/S (bukaan vagina), doc bagi tempoh 2 minggu untuk naik saya hanya redha dan tawakal walau dalam hati sedih sangat.

Minggu berganti minggu kedudukan hujung uri saya masih tetap di situ -- di tempat yang sama, tidak berubah. Kemudiannya saya nekad mintak second opinion di private Umra Shah Alam, dan sonographer buat TVS scan, senak kejap kene sodok hehe..Sono inform yang sama uri tak sentuh O/S, dan refer ke Dr. Rafi & Dr. Niraj they inform benda yang sama, memang di bawah tapi hanya hujungnya. Saya bukanlah pakar O&G tapi selagi uri saya tak completely naik atas memang saya risau sangat-sangat. Masa 33w, Dr. Niraj ada bagitau kalau uri di bawah time ni saya dah bleeding..so jangan fikir sangat itu nasihat dia pada saya.

Saya direfer oleh KK ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah pada 16/5 Dr. di hospital sependapat dengan Dr. di Umra, tapi hanya akan confirmkan pada next followup checkup 30/5. Apapun kuasa Allah atasi semuanya, sehinggalah checkup saya pada 22/5 di KK, Dr. terkejut sebab uri dah completely naik, masa ni saya syukur sangat, sebab saya ingat dah takda harapan untuk naik..Syukur alhamdulillah.

Saya ingin berkongsi amalan untuk para ibu mengandung yang hadapi masalah uri ke bawah atau masalah apapun :

1) Setiap kali solat, sujud terakhir tu mintak la apa-apapun padaNYA, dan sujud biar lama.
2) Buat solat hajat agar doa diperkenankan.
3) Rajin-rajin mengaji (Surah Maryam, Yusuf, Luqman, Taubat)
4) Amalkan Doa Nabi Zakaria 
5) Baca Doa Nurun Nubuwwah (amalan ni saya dapat dari blog ini)



6) Selalu cakap dengan baby dalam perut tolong tolak uri naik atas.
7) Selepas segala usaha, doa selebihnya tawakal biar Allah yang tentukan.

Itu sahaja perkongsian kali ini, moga bermanfaat, insyallah.

Sunday, May 19, 2013

Minggu ke-35 : Maternity Photoshoot

Salam dan Hai,

Alhamdulilah semalam genap 35w..next week dah 36w @ 9 bulan huhu..setakat ni fikiran belum mahu memikir saat di labour room, saya sebolehnya ingin jadi sepositif yg mungkin untuk tidak fikir kesakitan itu..Hanya tawakal..Saya punya Allah SWT melindungi insyallah :)

Oh ya semalam, 19/5 genap kandungan saya 35w, saya dan suami buat maternity photoshoot, at first tak rancang nak buat, tapi lepas adik ipar semangat tolong shoot, so just buat untuk kenangan, xde upah mane-mane photographer, hanya adik ipar saya (Ainur) dan teman karibnya (Wahida) selaku photographer amatur.

Ini ada few photos saya share dengan semua, apapun sebab photographer amatur kan takdela efek-efek khas ye, semua biasa-biasa saja :)

Tarikh /Masa : 19/5/2013 / 9.30 a.m
Lokasi : Padang depan Setia City Mall
Tema : Putih & Biru 

Matahari mula naik

It's a Girl, Insyallah :)

Photo wajib 

Ini pun photo wajib maternity shoot

Semangat papa kiss huhu

Love u too baby :P

Papa, Mama Love baby soo much

Suke!

My personal favourite photo ni

Ainur, saya & Wahida

Sekian dulu kwn2, enjoy photos ye :)



Sunday, May 12, 2013

Perkembangan kandungan 34 minggu

Salam dan Hai,

Alhamdulillah syukur padaNYA kini usia kandungan saya sudah 34 minggu.

Perkembangan diri saya sekarang makin tidak berdaya, buat kerja sikit perlu rehat, tidur so far Alhamdullilah tiada masalah, hanya kadang-kadang "cramp" kaki atau orang melayu panggil "simpul biawak". Dalam keadaan sekarang yang sedang sarat dan tidur seorang diri masa "weekdays" membuat saya sebelum tidur selalu berharap tiada apa-apa yang berlaku dan seboleh mungkin kuatkan semangat bila cramping menyerang, gagahkan diri urut pelan-pelan, kadang-kadang tu mengalir air mata sorang-sorang nak buat macamana suami jauh huhu..Tapi baby ada tolong bagi kekuatan. 

Babycenter tulis kena banyak bercakap dengan baby sebab by 35 weeks pendengaran dah berkembang sepenuhnya. Okay sure will do, insyallah.

Ini gambar perkembangan baby sekarang :



Saiz baby 34weeks

Kedudukan baby at mommy womb


Your baby now weighs more than 4.7 pounds / 2.2 kilograms and is 18 inches / over 45 centimetres from top to toe. She's filling out and getting rounder - she'll need her fat layers later to regulate her body temperature. 

If you don't already talk to your baby, this is a good time to start - at 35 weeks her hearing is fully developed. Don't feel ridiculous if you're already chatting in baby talk. Some evidence shows that newborns pay closer attention to high-pitched tones. 

If you've been nervous about going into premature labour, you'll be happy to know that 99 per cent of babies born at week 35 can survive outside the womb - and most have no major problems. Although your baby's central nervous system is still maturing, her lungs are nearly fully developed by now. 

Many women start to notice a tingling sensation or numbness in the pelvic region or pain as they walk. This may be caused by the pelvic joints loosening, ready for labour. If you're terribly uncomfortable, mention it to your doctor and check out our self-help tips. 

(Courtesy : babycenter)


Sekian dulu, jumpa next entry insyallah.