Click Click

Pages

Thursday, May 23, 2013

Ujian Allah : Uri ke bawah

Salam dan hai,

Menginjak usia kandungan nak masuk 9 bulan ni, saya nak berkongsi sesuatu yang saya hadapi since 28week hari tu..Doc klinik kesihatan (KK) scan masa 28w bagitau saya yang hujung uri/ekor uri slightly ke bawah, dia tulis low lying placenta, masa tu saya sangat sedih, tapi dia inform belum boleh dikategorikan placenta previa sebab tak touch O/S (bukaan vagina), doc bagi tempoh 2 minggu untuk naik saya hanya redha dan tawakal walau dalam hati sedih sangat.

Minggu berganti minggu kedudukan hujung uri saya masih tetap di situ -- di tempat yang sama, tidak berubah. Kemudiannya saya nekad mintak second opinion di private Umra Shah Alam, dan sonographer buat TVS scan, senak kejap kene sodok hehe..Sono inform yang sama uri tak sentuh O/S, dan refer ke Dr. Rafi & Dr. Niraj they inform benda yang sama, memang di bawah tapi hanya hujungnya. Saya bukanlah pakar O&G tapi selagi uri saya tak completely naik atas memang saya risau sangat-sangat. Masa 33w, Dr. Niraj ada bagitau kalau uri di bawah time ni saya dah bleeding..so jangan fikir sangat itu nasihat dia pada saya.

Saya direfer oleh KK ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah pada 16/5 Dr. di hospital sependapat dengan Dr. di Umra, tapi hanya akan confirmkan pada next followup checkup 30/5. Apapun kuasa Allah atasi semuanya, sehinggalah checkup saya pada 22/5 di KK, Dr. terkejut sebab uri dah completely naik, masa ni saya syukur sangat, sebab saya ingat dah takda harapan untuk naik..Syukur alhamdulillah.

Saya ingin berkongsi amalan untuk para ibu mengandung yang hadapi masalah uri ke bawah atau masalah apapun :

1) Setiap kali solat, sujud terakhir tu mintak la apa-apapun padaNYA, dan sujud biar lama.
2) Buat solat hajat agar doa diperkenankan.
3) Rajin-rajin mengaji (Surah Maryam, Yusuf, Luqman, Taubat)
4) Amalkan Doa Nabi Zakaria 
5) Baca Doa Nurun Nubuwwah (amalan ni saya dapat dari blog ini)



6) Selalu cakap dengan baby dalam perut tolong tolak uri naik atas.
7) Selepas segala usaha, doa selebihnya tawakal biar Allah yang tentukan.

Itu sahaja perkongsian kali ini, moga bermanfaat, insyallah.

No comments: