Click Click

Pages

Wednesday, June 12, 2013

38w 4d : It's a Waiting Game

Salam dan Hai,

Hari ini usia kandungan sudah 38w 4d, masih menunggu, menunggu dan menunggu, mungkinkah baby nak keluar awal sebelum tarikhnya atau tepat pada tarikhnya 23/6/2013..Wallahualam, hanya Allah maha mengetahui.

Oh ya, kelmarin saya ada post status di FB tentang berakhirnya tugas suami di Project Double track Ipoh-Padang Besar, Alhamdullilah suami dapat jawatan tetap sebagai Jurutera awam di JKR, cuma 17/6 ni report duty baru tau dapat mana, harap-harap jangan lah dihantar jauh-jauh amin. Kalau dapat JKR Pahang lagi bagus, sebab saya bakal berkhidmat sebagai tenaga pengajar UMP, insyallah awal tahun depan. Tolong doakan rezeki kami murah untuk tinggal bersama. Tapi yang paling gembira Encik suami tak perlu kerja 6 hari seminggu lagi, dan cuti gov. ni faham-fahamla banyak, insyallah boleh merancang cuti bersama bakal anak kami nanti, insyallah.



Baby pun faham tak mau jauh-jauh dengan papa dia, kerap mengeras sekarang ni kadang-kadang samapi tertunduk-tunduk saya berjalan menahan baby mengeras tu :)

Itu saja perkongsian kali ni, insyallah panjang umur jumpa next post, doakan saya dan baby dipermudahkan saat kelahirannya nanti, amin :)






Thursday, June 6, 2013

Tips agar mudah bersalin

Salam dan Hai,

Ingin berkongsi dengan pembaca tentang tips agar mudah bersalin yang saya baca dari sini. 

1. 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

2. Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.

3. Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka.

4. Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction

5. Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

6. Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

7.  Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. 

8.  Makan kurma dalam bilangan ganjil

9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

11.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

12. Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk  elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk

13. Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut

14. Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

16. Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

17. Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang


Sekian dulu sama-sama kita amalkan ya.
Photo: <3 TIP MUDAH BERSALIN <3

1.2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

2.Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.

3.Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

4.Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction

5.Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

6.Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg admin amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)

8. Makan kurma dalam bilangan ganjil

9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

11.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

12.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk

13.Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut

14.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

16.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

17.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang 

jom sama2 share untuk ibu2 di luar sana....

Untuk Info Mengandung & bersalin >>>>> Kehamilan Terindah>>>>> Sila LIKE !!!!

Tuesday, June 4, 2013

Update 37 weeks

Salam dan Hai,

Alhamdulilah, usia kandungan menginjak ke 37 minggu 3 hari pada saat post ini ditulis, orang cakap dah masuk fasa menunggu hari, okay memang boleh diterima akal sebab by 37 weeks baby dah boleh lahir bila-bila masa dan tak dianggap pre-mature lagi. Apapun doa dan harapan saya agar baby keluar masa papanye ada, dah 9 bulan tanggung sorang-sorang biarlah sampai detik kesakitan sampai untuk melahirkan suami ada di sisi, insyallah amin.

Perkembangan saya pada ketika ini sudah merasa contraction palsu "braxton hicks", sakit yang tidak kerap, masih mampu bertahan, hanya berkerut masa sakit, kemudiannya boleh bergelak ketawa ;). Untuk maklumat lebih lanjut tentang braxton hicks sila layari laman ini

Kekerapan lawatan ke klinik kesihatan menjadi seminggu sekali, saya tetap patuh dan gagahkn diri pergi sendirian demi pemantauan kesihatan baby.

Oh ya, minggu lepas di saat usia kandungan 36 minggu 3 hari, Alhamdullilah saya selamat membuat pembentangan untuk candidature defense, semuanya syukur berjalan dengan lancar, ditemani 2 orang adik ipar tolong drive ke UM, oh terima kasih adik2ku. Syukur sangat sessi Q&A pun lancar mungkin panel tengok keadaan saya yang sarat. Sekarang nak submit thesis pada editor sahaja dan viva selepas berpantang mungkin. Semoga dipermudahkan amin.

Candidature Defense slide presentation saya (^^)
Jumaat lepas mertua saya dan adik-adik ipar dari Kuantan datang berkampung di rumah, atas permintaan adik ipar sempat juga saya masakkan sizzling yee mee sebelum bersalin, saya makan satu mangkuk tanpa bertambah seperti kebiasaan, sebab panas lada hitam, kesian dekat baby :)

Sizzling Yee Mee All time favourite :)
Okay sekian dulu, jumpa next entry insyallah, doakan saya selamat melahirkan amanah Allah yang saya kandungkan ini ya, amin-amin.