Click Click

Pages

Friday, July 26, 2013

Kronologi Bersalin Part 1


Salam dan Hai,

Maaf kekangan masa sebagai seorang mama mengehadkan saya untuk menulis post ini.

Baiklah sebagai perkongsian, sedikit kronologi kisah bersalin saya (panjang sebenarnye hehe)

Tarikh    :               23 Jun 2013, Ahad
Lokasi    :               Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan Pahang

23 Jun merupakan tarikh due date saya, 40 minggu sudah anak mama dalam kandungan ni, maka kerana di arahkan Klinik kesihatan Bukit Kuda Klang untuk serah diri on due date, maka saya akur, walaupun sebarang tanda tidak lagi kelihatan kecuali baby kerap mengeras (mild contraction)

11. 30 a.m           

Sampai di Low Risk Unit, HTAA selepas proses daftar, saya perlu menunggu kerana saya kes luar.

Selepas di ambil BP, saya diarahkan untuk tukar kain batik, nasib semua dah standby dalam kereta. Siap tukar kain batik, saya dipanggil baring ke bilik rawatan katil No.2, dan bermulalah sesi ‘seluk-menyeluk’, Alhamdulilah selukan dari doctor perempuan yang agak muda ni xsakit, dan saya agak terkejut bukaan vagina (O/S) sudah 3 cm dan saya xrasa sebarang kesakitan, mesin ctg pun dipasang untuk monitor heart beat baby, selepas itu scan, dan kedudukan baby kepala sudah di bawah (cephalic). Kerana bukaan sudah 3 cm, maka saya pun ditahan di wad, mengunakan GL letter husband, request untuk 1st class, tapi 1st class penuh redhalah pergi ke kelas 2.

1.30 p.m

Tiba di wad kelas 2, suami saya macam terlebih excited, sms semua orang saya ditahan di ward sebab bukaan 3 cm, saya masa tu hanya fikir lapar sebab time lunch kan hehe..Husband pun turun tapaukan nasi n lauk rendang ayam, plus milo ais..Huu saya makan sampai licin, lapar punya pasal. Settle makan, nurse datang check contraction dan heart beat baby, contraction 10 minit 2x, tapi saya xrasa apapun.

5.00 p.m

Mak mertua dan adik ipar sampai bawa macam-macam barang yang dipesan, dan semua jangkakan saya akan bersalin mala mini, saya pun senyum sebab sesungguhnya ini semua kerjaNYA kan, saya tunggu saja, perasaan pun maish biasa-biasa. Cuma saat ini saya terkenangkan family saya di Klang, alangkah bestnya kalau semua adik-beradik saya ada kan..

8.00 p.m

Suami, MIL dan adik ipar dah balik..sendirilah di wad ni, pandang katil sebelah kosong, wad kelas 2 ni hanya tempatkan 4 orang nak borak dengan katil depan jauh sangat karang bising pulak. Saya pun baring layan perasaan.

10.00 p.m

Suami tersayang sampai bawakan kipas dan nasi goreng, saya lapar huhu, dah makan macam-macam masihlah laparnya. Dalam 11 lebih lampu dimalapkan dan saya pun layanlah nak tidur, tapi memang tak boleh tidour nyamuk kemainnya lah banyak, rasa dalam 2 pagi baru tido huhu.

Maka berakhirlah 23 Jun 2013, dan saya masih belum bersalin malam itu.


Tarikh    :               24 Jun 2013, Isnin
Lokasi    :               Wad Melur, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan Pahang

Hari ini merupakan birthday saya, sedih sangat sambut dekat ward, dalam hati harapnya baby keluar hari ini..tapi ketentuannya tak boleh nak tolak.

7.30 a.m

Siap mandi semua, Doktor round ward, dan sorang Dr. pakar review kes saya, dia kata “biasa kalau lepas due date kita bagi masa 10 hari baru datang balik, nanti check bukaan kalau masih sama you boleh balik, duduk hospital lama-lama you boleh stress BP pun naik”..Saya pun terkedu sebolehnya tak mau balik, saya nak cepat-cepat bersalin huhu.

8.30 a.m

Contraction makin kuat saya rasakan, tapi masih belum konsisten, saya gagahkan diri berjalan di koridor luar, rasanya muka saya je la yang dok berjalan dekat koridor tu, nak bersalin cepat sangat. Sampai waktu sakit datang, saya berpaut dekat dinding tu

9.30 a.m

Bukaan pun dicheck oleh Dr. perempuan tapi yang lain, kali ni sakit, sebab dia tolong “bukakan jalan” result masih 3cm tapi rahim sudah mula menipis.

10.30 a.m

Saya ke toilet dan ada spotting darah sikit, masa tu excited sebab dah 9 bulan xperiod, tengok darah suka pulak hehe.
Bagitau midwife, dan diorang dengan relaksnya kata “Biasala spotting sikit”.

1.00 p.m

Masa melawat, suami pun sampai malam tadi dia tido di hospital, kesian sungguh tapi saya masih tak bersalin. Perasaan apabila bukaan masih dan tetap 3 cm buat saya sangat kecewa dan sedih, taktau nak diungkap, tapi saya buang perasaan tu cepat-cepat kesian dekat baby mungkin dia dekat dalam sedaya upaya nak keluar tapi saya senang-senang nak semuanya cepat.

Makanan tengahari hospital pun saya tak lalu nak jamah, suami tunggu sampai pukul 7 p.m saya suruh suami balik sebab saya tau dia sedih tengok saya, siap ajak keluar ke private, tapi saya takmau ambil risiko sebab biasa dah keluar gov hosp. xterima masuk balik.

8.00 p.m

Lepas suami balik, saya mandi dan solat maghrib. Oh ya, hari ini merupakan hari nisfu syaaban. Saya pun lepas maghrib bacalah yassin 3x dan doa nisfu, dan saya panjatkan doa agar semua dipermudahkan.

8.30 p.m

Nurse panggil saya ke bilik rawatan untuk diseluk, kali ni Dr. lelaki muda, saya siap berundur tanya nurse Dr. ni ke?Nurse bgtau jgn risau perkara biasa, saya ada sekali. Dr. lelaki ni seluk palingg tak sakit tak rasa apa, uhuu dan keputusan masih sama 3cm selepas 1 hari lebih bukaan masih sama, dan bleeding tidak membantu bukaan langsung. Ketika ini saya sangat sedih, balik katil siap menangis, dan mulut tak habis-habis istighfar sebab kesian dekat baby kat dalam.

9.30 p.m

Saya pergi solat Isyak, dan sujud terakhir tu saya mohon agar semua penantian saya berakhir segera, saya tak sanggup tunggu lagi kerana emosi sangat terganggu. Masa saya berdoa, terdengar nurse carik saya,untuk apa saya tak tau.

Keluar surau, kakak katil sebelah bagitau nurse suruh pack baju baby masuk LR..dan saya macam??3 cm ke LR? Risau ada, happy pun ada, hanya menurut. Call husband yang dah balik untuk datang. Sebelum suami sampai, saya telah ditolak ke LR dengan wheelchair.


Fuhh sekian dulu kronologi part 1 ya, part 2 di LR akan saya coretkan nanti. Sedikit gambar juga buat perkongsian :)

Tag Tangan 

Detail

Muka saya yang sembap, muka papa to be yang senyum huhu ;p





No comments: